CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 15, 2011

laparoscopic ovarian drill

Assalamualaikum

11.12.11 : Malam lepas balik keje hubby dah siap pack baju, tuala, berus gigi, sabun, smua lah dalam bag sementara saya termenung mengenang nasib...cee wahh , tak lah saya tak de mood nak kemas sebab terlalu susah hati memikirkan ape nak jadi esok. Saya tak pernah masuk hospital, tak pernah sakit teruk apetah lagi nak main bedah bedah ni kan...so agak gementar disitu walupun hanya minor surgery.

12.12.11 : Bangun awal pagi dalam kul 5.30 pagi. Solat Subuh sama sama, mandi dan bersiap nak pegi offer perut utk ditebuk lubang. turun aje kat bawah mama duduk kat kerusi, dah menitik air mata. Dari semalam lagi mama dah nangis. Mama kata " nanti emy sakit" saya tak tau nak pujuk macam mana sebab saya pun takut sakit, saya pun rasa nak nangis jadi saya jawab " tapi kalu emy buat ni, emy dapat anak, emy tak yah nangis lagi dah".

So, off to the hospital. Register kat kaunter terus nurse bawak masuk bilik. Masa masuk bilik tu dah dekat pukul 8 pagi. Lepak la kat bilik menunggu orang panggil nak masuk Operation theatre tu. Pukul 9 pagi tak de jugak nurse panggil pun. Makin lama duduk dalam bilik wad tu makin resah dan susah hati kalu boleh nk buat benda ni kasi habis cepat cepat. Dekat pukul 10 nurse masuk cakap doc dah ready.fuhhhh..ini bukan fuhhh lega tapi fuhhhh menarik napas panjang untuk menenangkan diri sendiri.

Tukar pada pakaian sepital dan nurse cuci pusat dan check sama ada shave ke tak. So ni lah rupenye menanti disorong keluar wad ke OT.
Masa tengah kena sorong ni, mama nangis giler giler sampai kena suruh adik teman mama dan saya tak bagi mama ikut turun.sampai takat lift aje. Hubby turun sekali teman sampai lah nurse kata "encik tunggu kat luar ye". Dalam bilik tu saya kena tukar katil yang kecik tu, katil saya yang besar ni dari wad kena letak kat luar. Bila dah kat dalam tu kena tunggu kejap. Beberapa katil beratur di tepi saya. Tunggu giliran agaknya.

Akhirnya saya disurung masuk ke dalam. Saya kena tukar baring atas katil untuk operate tu. Sangat kecil. Almaklum lah dah saya gemuk, katil tu jadi kecik lah. Tangan kanan kena letak di sisi, tangan kiri pulak kena stretch ke tepi untuk di masukkan bius. Masa di lekatkan segala alat nk monitor jantung tu saya masih sedar. tapi bila doc kata "ok, now we are going to put u to sleep" that is the last thing I heard. lepas tu gone!!!

Terjaga dekat pukul 12 tengahari. Saya dah keluar Operation room tu, tapi masih lagi kena monitor kat dalam room satu lagi. Masa bukak mata tu macam masih laloq lagi lah, kejap sedar kejap tertidor balik. Saya gagah kan diri, bulatkan mata, saya tanya nurse dah selesai ke, dua kali saya tanya just to be sure. Mata mmg rasa mcm nak tutup tapi kepala otak dah macam macam pikir. Telinga ni pulak semua benda boleh dengar tapi mata je tak nak bukak. Masa tu dalam pikiran cuma lah " tolong lah aku nak keluar so that aku boelh tengok muka laki aku ngan family aku" .

Tak lama lepas tu saya disorong keluar dan ditukar kan balik atas katil wad saya. Sakit rasa tetibe kurang dapat tgk hubby and adik kat luar senyum kat saya. Masuk dalam bilik pun masih sama, macam diawang awangan. Kejap tido kejap jaga.


Ni masa baru sampai wad lepas operate




Saya minum air sebaik sampai kat wad sebab terlalu haus dan lapar. Elok aje lepas minum tu saya muntah balik. Saya tidor dan bila saya bangun saya cuba minum milo dan air, tapi masih muntah. Dalam pukul 6 saya dah boleh ke toilet tapi hubby kena tolong sorongkan besi drip. Kena tolong bukakan dan pakaikan panty, tolong jirus air dan lap dengan tissue paper. Keluar darah banyak ketul ketul. Iodin warna kuning dan dye warna biru pun keluar jugak sampai lah ke esokkan pagi baru tak de bleeding dah.

Petang doc datang kat wad, doc kata saya kena makan soft diet dulu. Try makan buah dan roti. So malam tu saya hanya makan buah anggur dan roti salmon coffe bean dan saya tak muntah.

Doc tebuk 3 lubang satu di pusat, dan dua lagi di sebelah kiri dekat dengan ovari. Dua lubang dekat ovari tu tak sakit sangat, yang sakit cuma kat pusat tu. Pergerakkan kena slow slow. Nak bangun dan duduk dari kerusi atau katil memang azab.

Saya ade CD opeartion tu doc bagi. Sama aje macam yang dapat kite tengok dalam youtube. Segan pulak nak upload dalam ni, so sape sape yang berminat kot kot nak tengok, bagi tau, nanti saya boleh email. Ovari saya hanya ada satu sahaja yang kena drill tu. Sebelah lagi kecil. Doc kata yang kecik tu lah sepatutnya saiz ovari yang sebenarnya. Tiub semua ok. Rahim pun ok.



13.12.11 : Sudah beransur sihat. Makan pun dah boleh makan macam macam cuma tak makan nasi aje. Hubby a.k.a "nurse misai" tolong mandikan saya pagi tu, siap semua pakaikan baju dan sikat rambut. Yang paling klakar bila kena ikat rambut saya.Dah rupe nenek kebayan rambut saya. hentam saja lah.... pegi toilet pun still kena hubby tolong.

Oh ye, terima kasih pada the whole family for the gifts as well as management and staff of Riamoda Silk House



Doc datang dalam pukul 10 pagi dan saya dah boleh discharge...wahhh syoknye rasa. Makin lama duduk hospital makin sakit rasanya bukan makin sihat. Settlekan bil smua, amik ubat dan saya balik rumah...yeay!!


Total bill of RM 5787.95 . Consultation doc paling mahal RM 2690.00. Apekan daya harap harap lepas ni ade lah membuahkan hasil usaha kami kali ini.

Oh ye. Saya dapat MC sehingga hari jumaat. Sabtu sepatutunya kerja. Tapi dek kerana sangat bosan duduk rumah dan luka dah semakin sembuh, saya datang office.

Doc prescribe Clomid sebab mengikut doc saya akan period anytime soon, saya kena continue makan metformin dan pain killer.

Sekarang luka kat pusat dah makin ok. period saya dah datang which means saya kena start makan clomid esok. Saya ada appoinment doc 20.12.11 untuk follow up LOD ni dan 26.12.11 untuk tengok tumbesaran telur.

Saya tak pasti sejauh mana keberkesanan Ovarian drill ni. Ada sesetengah yang lepas buat berjaya pregnant dan ade jugak yang tidak. Saya cuma berharap usaha saya ni membawa satu kebahgiaan bagi saya dan hubby di masa akan datang.

Saya pun tak tau kenapa saya buat LOD ni sekarang sewaktu "money is a little bit tight" for both of us. Apa pun saya redha seandainya ini bukan usaha terakhir kami.

P/S: maaf kalau entry kali ni melalut, salah ejaan, berputar belit sebab seriously saya tengah mabuk ubat skrg ni tapi kena tulis jugak sebab takut tunggu lama lama nanti saya lupa.




Tuesday, December 6, 2011

Schedule for Ovarian Drilling

Disebabkan period pun ting tong dan Doc kata saya ade Unruptured Follicle Syndrome, so, Doc suggest buat Ovarian Drill dan masa buat procedure tu boleh tengok kot kot ade perkara lain yang membuatkan tak boleh pregnant.

At first saya memamng resist sebab saya kalu dengar bab operate ni macam macam lah terbayang dlm kepal otak ni. But perhaps this is the best possible way kot. If not kalau tak pregnant jugak bulan bulan depan, hidup saya akan tetap dalam teka teki. So, might as well go for it.



Saya akan masuk wad 12/12/11  7 am . Operation at 9 am . Kalau ade kawan kawan yang pernah buat Ovarian Drill atau tau apa apa tentang ni, boleh la share skit ngan saya ye. Harap semuanya berjalan dengan lancar.

Oh ye, lupa pulak, Happy Anniversary to my dearest hubby. People can say "dah 2 tahun kawin" or " baru 2 tahun kawin" but it doesn't matter what people say coz time can never define how much I'm in love with YOU

Monday, November 28, 2011

who to love more?

Saya selalu terfikir dan terbayang, jika saya ada anak, anak saya akan jadi orang paling penting dalam hidup saya melebihi semua orang. Setiap inci dan saat hidup saya untuk dia. Pernah juga terfikir maybe bila ada anak, entah entah suami pun x terlayan. *opppsss sorry b*


Baru baru ni terbaca article dalam Yahoo bertajuk




"loving the husband more than the kids is the key to good life"




I remember asking my mom when I was little who she loved best between me and my dad. "It's a different kind of love," she told me then. But the kisses she and my dad shared in the toy aisle, their constant holding hands, and their long vacations sans kids while we stayed with the grandparents told me otherwise. She loved my dad more. And I am so happy she did.


When a family is strong, mom does prioritize the marriage over the kids. But we live in a culture where kids come first. Or, as my friend recently said, "Since when did kids move from the card table at Thanksgiving to the head of the table?" Since when, indeed.

Blogger Joanna Goddard sys:


Perel believes that there's a badge of honor among American women to not prioritize yourself or your marriage: It's all about the children. Without realizing it, she said, women can end up getting their emotional intimacy and physical satisfaction from their children, instead of their partners, said Perel. They give their babies tons of wonderful affection -- and then don't have anything left over for their spouse. The marriage can become an afterthought.
Um, yep. How many women do we all know like this? It's not their fault. And I don't blame them. But it's a problem. A huge one, in fact.

 
The fact is, in a family, if mom and dad aren't happy, ain't nobody else happy either. The marriage should be prioritized higher than anything else.


I see it in my own family all the time. When my husband and I are happy and loving with one another, our children are happy and loving with us. They want to get in between us and cuddle and they are much calmer. After all, the marriage is the foundation of the family.


Ideally, children are born from the love two people share with one another. They grow under the umbrella of that love and then they find their own loves with whom they will do the same. Romantic love is so different (thanks mom!) than the love I feel for my children. I would die for my kids, jump in front of a train for them, and move mountains to keep them happy. But my love for my husband is different.


It's burning and passionate and sexual (one would hope!). It gets me through the hard days and sustains me when things feel low. Without him, the rest would fall apart. I know this, he knows this, and we both work very hard to maintain it. It's not easy.


My love for my children is much easier and comes more naturally and takes less work.


So in that sense, yes, my marriage is priority number one. It's what made my family and it's what will stay after my kids fly the nest.








Saya belum ada anak, jadi saya tak tau macam mana rasa orang lain yang ada anak. Tetapi saya amat bersyukur dengan kebahagiaan yang dianugerahkan pada saya. Jika saya ada anak tetapi rumahtangga saya tidak bahagia juga, saya rasa tak ada gunanya. Orang kata anak itu pengikat kasih sayang, tetapi seandainya tiada anak, namun kasih sayang masih utuh, kan lebih baik.

Thursday, November 17, 2011

postponed ;-(

IUI no 3 nampaknya terpaksa ditunda.

Saya sepatutnya start clomid hari Rabu 16.11.11 tapi pada hari rabu, period sudah tak de...yes, tak de!! Clomid sepatutnya di ambil pada hari kedua period waktu darah turun banyak, tapi kalu dah x de darah langsung, nak makan ubat macam mana.Pagi tu dah check UPT sekali lagi. Negative as usual. Sampai malam period masih x ade. So, saya amat binggung. disebabkan malam klinik dah tutup. Saya membuat andaian sendiri bahawa saya tak akan amik clomid cycle ni dan IUI kali ke 3 batal.

Pagi ni pun tak de period jugak,tapi hubby suruh call doc just to be sure what's best to be done during this confused cycle. Saya pun call doc, doc pun teragak agak jugak. last last doc kata kalau dah tak datang period and UPT negative, doc suruh makan aje clomid. but then doc kata pulak tak yah sebab who knows miracle happens. Doc suruh tunggu lagi 2 minggu sebab maybe UPT masih negative.maybe just maybe. tapi bukan ke kat kotak tu tulis 99 % accurate from the first day period due.?? ok saya pening ! if period come, then I should call the clinic and set up appoinment for IUI if I desire. If not, then just let that cycle be. Next cycle pulak lah kalau nak IUI pun.

So thats it. I am supposed to get my period on 12.11.11, but it came on the 14.11.11 from morning till evening completely just brown with very little red spots. On 15.11.11 I went to see Doc. That particular day ade keluar red spots but it is soo little that it barely touches the sanitary pad. Tak de ketul, tak de ape pun. Malam tu before tido sampai lah esok pagi nyer 16.11.11, pun sama pagi ade skit, then petang dah tak de. Today 17.11.11. tak de langsung!!

I intend to wait for my period to come and not have hope that I might be pregnant. The chances are too thin. I have let myself cried so many times before, lets hope this time I dont have to anymore.

* maaf, ter membebel pulak* isi penting = IUI 3rd time, postponed!!*

Tuesday, November 15, 2011

IUI second : Failed

Assalamualaikum...

IUI 2nd pada 29.10.11 hari tu memang kompem tak berjaya. Doc kata kalau ikutkan experience dia condition macam saya ni chances untuk pregnant tu tinggi.

Tapi hidup ni bukan bergantung pada ape ramalan Doc. Rezeki saya masih belum tiba.

Period sepatutnya due pada 12.11.11 tapi tak datang pada hari tu. Hati ni dah berbunga sebab sepanjang saya buat treatment, period mesti on time sama ada 28 hari @ 29 hari cycle. Tapi saya ade terbaca dalam internet, ramai yang kata kalau amik ubat utrogestan tu,(ubat yang kasi kuat rahim tu), period kite memang akan delay sehingga lah kite stop makan ubat tu. So saya rasa saya tau kenapa period saya lambat.

13.11.11 Saya pun check lah UPT negative. Sedih yang teramat sangat sampai saya tak kerja dan mintak the day off. Kami berdua terus pegi Penang sebab saya tak nak jumpa sesiapa pun. Saya nak duk sorang sorang sampai saya dah stable.

14.11.11 Masa di Penang , saya call klinik sebab jika saya tak pregnant dan masih belum datang period, adekah patut saya berhenti makan ubat tu. Doc kata jangan berhenti, makan sampai seminggu dulu bru check balik. Elok je lepas cakap ngan doc tu, period pun turun. Saya risau jugak sebab saya tak makan ubat tu malam semalam dan pagi hari ni. So saya cepat cepat balik Ipoh sebab ubat tertinggal kat ipoh. Sampai ipoh, period turun skit aje, and brown in colour. Cepat cepat makan ubat.

15.11.11 period saya masih turun dalam kadar sedikit walaupun saya dah continue makan ubat tu. Pening + confused + putus asa, saya pun jumpa doc.

Doc kata semua dah ok. Rasanya masaalah yang saya ada cuma maybe cengkerang telur saya sangat keras. Doc kata kalau saya buat IVF chances saya agak tinggi. ermmm... tak mau letak harapan tinggi sebab tak larat dah nak sedih every month.

So, saya setuju untuk buat IUI 3rd time pada 28.11.11 ni. Hari ni saya akan start makan clomid untuk 6 hari. lepas tu injection ovidrel pada 26.11.11. Tapi pada 26.11.11 nanti saya tak jumpa doc sebab doc tak ade kat klinik. So tak dapat lah nak check perkembangan telur. Saya akan terus inject ovidrel aje hari tu nanti.

Lepas ni, jika IUI kali ke 3 tak berjaya, Doc akan refer saya ke fertility center untuk proceed IVF. Kat ipoh ni tak de. Cuma ade kat KL dan penang. Rasa KL paling mudah sebab family saya ade rumah kat Subang. So mudah untuk ulang alik hospital nanti. Doc kata the best so far is Damansara fertility ( Tropicana Medical Center). Jika kawan kawan ada pandangan dan pendapat tentang IVF center kat Malaysia ni, kongsi kongsikan ye ;-) Thank you

Sunday, November 6, 2011

Inspirational Thoughts ; maybe this could help

While browsing through the internet for Inspirational Quotes for Infertility, I found this wonderful poem. Thought it will be nice to share this with other TTC friends. So here it is ;

Thoughts on becoming a mother

There are women that become mothers without effort,
Without thought,
Without patience or loss
And though they are good mothers and love their children,
I know that I will be better.

I will be better not because of genetics,
Or money or that I have read more books,
But because I have struggles and toiled for this child.
I have longed and I have waited.
I have cried and prayed.
I have endure and planned over and over again.

Like most things in life,
The people who truly have appreciation are those who have struggled to attain their dreams.
I will notice everything about my child.
I will take time to watch my child sleep, explore and discover.
I will marvel at this miracle everyday for the rest of my life.
I will be happy when I wake up in the middle of the night to the sound of my child,
Knowing that I can comfort, hold and feed him,
And that I am NOT
waking to another tenperature, pop another pill, take another shot or cry tears of a broken dreams.
My dream will be crying for me.
I count myself lucky in this sense;
That god has given me this insight,
This special vision with which I look  upon my child that my friends will not see.

Whether I parent a child I actually give birth to,
Or a child that God leads me to.
I will not be careless with my love.
I will be a bettermother for all that I have endure.
I am a better wife, a better aunt, a better daughter, neighbor, friend, and sister because I know pain.
I know disillusionment as I have been betrayed by my own body,
I have been tried by fire and hell many never face, yet given time,
I stood tall.
I have prevailed,
I have succeeded,
I have won.

So now, when others hurt around me.
I do not run from their pain in order to save myself discomfort.
I see it, I mourn it, and join them in theirs.
I listen and even though I cannot make it better,
I can make it less lonely.
I have learned the immerse power of another hand holding tight to mine,
Of other eyes that moisten as they learn to accept the harsh truth and when life is beyond hard.
I have learned compassion that only comes with walking in those shoes.
I have learned to appreciate life.
Yes, I will be a wonderful mother.

"taken from : trinigirl2010(ivillage member)"

My Intention is just to share, sorry if it offense any party.


BTW meet : Nur Najwa Janatulnaim binti Abdullah

Nur Najwa Jannatulnaim bt Abdullah ( 3 bulan ) . Ditinggalkan ibu kandung seorang Indonesia beragama Kristian dan di Islamkan oleh ibu angkat dia Ibu Fadzilah, Pengurusi Rumah Anak Anak Yatim An Nur Maisarah.

Hati sangat terpaut dengan Najwa tapi dia dah ade keluarga. Jika tidak, saya mungkin tak mampu lepaskan dia. Insyaallah rezeki saya akan tiba nanti. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sunday, October 30, 2011

second IUI

Assalamualaikum

Alhamdulillah selamat dah IUI no 2. Tggu result aje lah. 14 more days to go.

27 . 10. 11 : 2 mature egg follicle :

Kiri : 1 good follicle tapi lupa tengok masa doctor scan tu brape size dia..assuming dalam 20 mm lebih. There is also satu lagi follicle tapi x brape nampak sbb dia duk belakang yang besar tu. So, anggap ade satu follicle aje

Kanan :  Finally!! dah 3 cycle timed intercourse, 1 cycle IUI, tak pernah ade good follicle sebelah kanan... for once I thought ovary sebelah kanan tu dah tak boleh pakai. tapi Alhamdulillah, ada 1 good follicle. Yang ni saya tau dia besar mana sebab saya tengok kat screen tu. 19.4 * 19.2 mm. Tak sampai 20 mm tapi ok lah.

So, Doc suh injek ni. Previous semua guna Ovidrel. Kali ni ubah sikit


                                            ala...malas nak rotate dah.. biar macam ni aje lah.

29 . 10 .11 : 2nd IUI

Seperti biasa, hari yang stress utk hubby yang sangat tak suka "do it in a cup". tapi ape kan daya, nak anak punya pasal. Pukul 8.30 sampai kat lab. As usual kami kena tunggu sampai lab call.

Pukul 12.30 pm lagi dah terpacak kat klinik tunggu doc free then baru pegi amik sperm kat lab.

IUI at 1.30 pm. Sebelum tu dah rasa cramp..ini mesti sebab telur dah nak keluar. lepas aje keluar dari bilik doc terus balik rumah.

Pukul 5.30pm dah start sakit. Terpulas pulas atas katil. Ade kot 30 min, hilang lah. Tapi sampai sekarang bloated tak abis lagi. perut keras dah rupe ade ketumbuhan dah ni. Still rasa uncomfortable.

oh, lupa this time doc kasi ubat ni


rasanya untuk kuatkan rahim dan untuk membantu placenta sampai dia dah cukup besar untuk berpaut sendiri. Itupun kalau pregnant lah. Ubat ni makan 2 kali sehari before food. sampai lah datang period sekali lagi.

Sunday, October 23, 2011

IUI sekali lagi ; mungkin

My period came on time. 28 days cycle and I am so happy. Harap harap jangan lah melencong dah. Biar on time aje. Previous month ade merepek sikit most probably because of stress kot.

We decided to try IUI again this time and after this there should be just one more IUI s' sebab we planned to do IVF before January or at least Febuary. Tapi kena tengok jugak ape pendapat doc tentang hal ni. I hope I don't have to wait much longer. This matter has start to bother me day and night. Bukan sebelum ni tak ganggu pun, tapi sekarang rasanya dah makin menjadi pulak. So, if I try IVF tapi tak ade rezeki jugak, I can move on to other option(s).

on 27th ni nak pegi klinik tgh perkembangan telur...aishhh kan best kalau boleh sebut *tengok perkembangan fetus*, dalam mimpi ajelah kot.

Maybe buat IUI kot even if I ade just one egg, I dun care for as long as I try.

As for now, I am ok. Bulan ni try tak nak stress, tak nak sedih, tak nak susah hati, tak nak rendah diri.

What ever time I have and how much money I got, I wanna spend it for my baby. Perhaps you can fill in the big empty hole in my heart that not even millions of Gucci, LV, Chanel or Hermes can fill.

Thursday, October 13, 2011

Adoption?? ok ke?

Assalamualaikum

Lama dah tak ade new entry kan..

Nothing much to say , except that lately, I have become one of those person that somehow gave up.
Most of everything I worked, hoped and wished for this year seem like going directly to the garbage.
A little frustrated *no, a LOT frustrated* with how things turn out this year.
Lately ni lagilah...rasa macam nak bawa diri jauh aje.

Been thinking of adopting a child : tak tau good idea ke tak. Really can't decide. Maybe it's too early but on the other hand, time is running out. Sangat takut I'd be wasting my time if I wait. Hubby saya yang selama ini sangat kuat, dah mula kelihatan sedikit sedih. Walaupun dia cube nak hide perasaan dia tu, saya masih boleh nampak. Satu hari dia kata "b hari tu naik lif dengan ...... (one pregnant lady). b rasa macam nak amik perut dia letak kat perut ayang" ok, airmata tetibe nk menitis pulak.

"b, b tunggu ayg kasi anak dekat b tahun depan,Insyaallah"
"ayg, b tunggu selamanya pun tak ape"

Sadisss... sampai sekrang tengok muka hubby yang sedang nyenyak tido pun rasa sayu.

ok berbalik pasal adoption ni. Saya dah banyak kali browse through website ni www.orphanecare.org.my dan dah beberapa kali teragak untuk mengisi borang, dan malam ini telah berjaya memberanikan diri.

Ini content email diaorg reply:

Dear Prospective Adoptive/Foster Parent(s),
Thank you for registering with OrphanCARE and we will contact you in due course to set up an interview appointment.
Meanwhile, please prepare and ensure you bring the following documents to your interview to help us expedite your application for adoption with JKM (Malaysian Welfare Department).
OrphanCARE will only send complete applications to JKM so please provide all documents in the checklist below.

Checklist for all applicants :
1) All applicants must be married for at least five (5) years. This requirement does not apply if you have a medical condition that hinders you from having a child and have supporting medical reports.
2) Four (4) copies of recent passport-sized photographs.
3) Four (4) copies of identification card.
4) Four (4) copies of marriage certificate.
5) Four (4) copies of general medical report (required) and, specific consultant’s report pertaining to fertility issues/treatment (if any). Providing supporting medical reports will help strengthen your application for adoption.
6) Four (4) copies of latest salary slip.
7) Names, addresses and contact numbers of two references (non-family members).
*Please bring original document for items (3), (4), (5) and (6) for verification.

The interview and application process is as follows:
• You will be required to fill up an application form for JKM when you come in for your interview.
• JKM will receive three copies of the documentation you provided with the application form once you have been interviewed. OrphanCARE retains one copy for our records.
• It will take approximately four weeks for JKM to process your application.
• JKM will return all applications to OrphanCARE once they are approved or rejected.
• OrphanCARE will immediately inform you if your application is rejected.
• You will automatically be placed in our database in a queue once your application is approved by JKM.
• OrphanCARE will contact you for a second interview once a child is available.
• Please do not hesitate to contact our office on (03)78761900 or email us at adoption@orphancare.org.my if you have any questions relating to the documentation required.

Alahai, kena at least 5 years kawin pulak :-( anyway, no harm done. Apelah salahnya. Jika jalan ni dipermudahkan Allah, terima ajelah. Jika tidak akan cube sedaya upaya untuk meneruskan usaha yang tak seberapa ini.amin.

kawan kawan yang ade idea atau nasihat, jangan malu malu,sila lah drop komen..terima kasih

Tuesday, September 20, 2011

I need help

Saya memerlukan bantuan

Bulan lepas period datang on time...the only month after like 2 years, my period was normal. So, bulan ni harap harap normal. Tapi ade sedikit kemusykilan. Mama cakap memang period, but I think it is not. Takut I have problems that I did not aware of. Harap dapat bantuan dan nasihat dr kawan kawan.

20 . 8 . 11 : First day of last period cycle

01 . 9 . 11 : Day 12 : saya tak pasti saya ovulate atau tak sebab tak check pun

08 . 9 . 11 : 11 pagi, Spotting : just a small drop of red blood on tissue . Petang dah tak de. At this point I thought it's implantation bleeding, tapi tak mungkin sbb dah lama sangat spotting nyer.

12 . 9 . 11 : Another spotting this time brown and then bila petang sikit it turns to red in colour

13 . 9 . 11 : still spotting tapi sangat sikit tak kena dekat panties pun. Sakit pinggang sangat

14 . 9 . 11 : Early morning memang tak ade, then around 11, there is spotting and kena kat pad sikit. Its bright red with ketulan sikit. sakit pinggang yang kritikal.

15 . 9 . 11 : Morning and Night ade sikit spotting. Comes out macam keputihan tapi warna merah.sikit sahaja. pinggang sudah kurang sakit.

16 . 9 . 11 : Sama seperti semalam

17 . 9 . 11 : Sama seperti semalam dan Sepatutnya period first day hari ni bukan 12 hb hari tu.

18 . 9 . 11 : sama seperti semalam

19 . 9 . 11 : sama seperti semalam

Sehingga ke hari ni sama aje. Saya nk jumpa doc tp sangat malas nk menunggu kat klinik tu. I hope its not something I should worry about, if it is, then memang kena jumpa doc jugak.

Harap kawan kawan dapat membantu. Terima Kasih.

Monday, September 19, 2011

Bersyukurlah wahai wanita bertuah

Sudah lama rasanya nak kongsi perasaan dan pendapat saya yang satu ni, tapi masih belum berkesempatan. Hari ni saya agak lapang, so mari kita mulakan ....

Dalam tempoh saya TTC ni, saya amat lah peka terhadap perkembangan orang lain yang seangkatan dengan saya (seangkatan bermaksud: wanita, berkahwin, sudah beranak, masih cuba untuk mengandung ataupun sedang mengandung). Saya pernah membaca dan mendengar kata kata beberapa wanita yang sedang mengandung " mengandung ni memang penat macam ni ker? " " tak laratnya nak mengandung, setiap hari muntah dan pening dan tak lalu makan" "sakit pinggang giler rasa macam nak suruh baby keluar sekarang jugak" dan bermacam macam lagi kata kata dan perbuatan yang bagi saya amat "menyedihkan" ini.

Mungkin orang lain tak "affected",tetapi saya,,tersentuh.

Bersyukurlah dengan ape yang anda dapat wahai "wanita wanita bertuah" kerana tidak semua wanita yang bergelar isteri di dunia ni bertuah seperti anda.

Ada yang bertahun tahun mencuba tanpa henti. Berkali kali terlantar atas meja operation hanya supaya satu hari nanti, ada syurga di bawah tapak kaki nya.

Yang tersentuh dan merasa tidak berguna setiap kali melihat wajah kegembiraan suami nya bila dapat bermain bersama anak orang lain.

Berhabis habisan mencari wang hanya untuk mendapatkan rawatan dari Doctor yang terbaik, menghabiskan masa dan tenaga supaya rumah mereka dipenuhi gelak tawa anak anak.

Berdoa dan merintih setiap kali bertemu Tuhan dan tidak pernah sekali kering airmatanya.

Bersyukurlah.... kerana ada ramai lagi yang sanggup melakukan ape sahaja untuk melalui semua yang anda lalui.


Maafkan saya jika saya tidak faham. Maafkan saya jika ada yang terasa, bukan niat untuk melukakan hanya sebagai peringatan. Mungkin satu hari nanti bila saya mengandung kelak, saya juga akan merungut. Saya harap tidak. amin

Friday, August 26, 2011

To those it may concern

I try to gather my own strenght but I guess it's not enough


I wish I could run, god believe me I would, but I can't


I dreamt of a wonderful memories this "raya" will bring


I shall not let small matter ruin the days for me




I am not asking for sympathy, but more of empathy


Though you are in a happy place, do think of those who are less fortunate


I hope it's not too much to ask


Thank you

Monday, August 22, 2011

happy

Assalamualaikum...

Sambil meneman hubby tengok TV terdetik pulak di hati nak tulis blog.

Semalam ada satu berita gembira. Ermm...bagi saya gembira lah, tapi mungkin berita biasa bagi ramai orang

Tak sangka period bulan ni tepat 29 hari. Seronoknya tak terkata macam la awak tu pregnant

Apa pun saya sangat bersyukur kerana tanpa ubat saya mampu "menghasilkan" cycle yang normal. yippie !!

Selalunya cycle takkan dapat 28 @ 29 hari kecuali kalau ambil Clomid. Ini dah kira hasil yang membanggakan

Harapan supaya bulan bulan seterusnya pun macam ni

Walaupun tiada berita gembira yang di nantikan, saya sudah amat bersyukur

Dulu, saya amat risau mengenangkan raya yang nak dekat ni. Saya beraya hanya 2 hari sahaja, walaupun sekejap, bagi saya ujian yang akan saya tempuhi hari raya ni besar. Al maklumlah, berjumpa adik beradik, saudara mara, kawan kawan.

Tapi Allah itu maha mengetahui, seandainya di uji kite dengan sesuatu, sudah tentu DIA tahu kite boleh menerima dan menahan nya. Sudah tentu kite mampu mencari penyelesaian untuk setiap masaalah yang menimpa kita.

Beberapa hari lalu, dengan satu insiden, saya sedar apa yang di depan mata saya, mampu saya hadapi dengan begitu tenang. Tak sangka pulak begitu mudah saya menerimanya. Besar nya kekuatan yang Allah beri. Alhamdulillah.

Ape pun sangat happy dengan kedua dua pencapaian ...hehehe ;)

Sunday, August 14, 2011

kinohimitsu health pad

Selamat pagi ahad
Seperti biasa lah, ahad kena kerja

kali ni nak cerita tentang KINOHIMITSU health pad
awal tahun 2010, tumit kaki saya sakit sangat
Rasa mcm ade duri menyucuk tumit
bukan hanya sebelah tetapi kedua dua belah
dah puaslah pegi reflekxology bagai
tapi masih lagi tak baik baik
ingatkan sekejap aje sakit nyer
tapi berlarutan sampai berbulan bulan
sakit paling teruk bila bangun pagi nak pijak lantai masa trun dari katil
first few steps tu macam nak menitis air mata
masa pegi second hunymoon ke paris & london dulu
masa tu paling sakit. dah lah kena berjalan jauh jauh
lepas tu saya try kinohimitsu
setiap malam mesti tampal kat kaki
esok paginyer akan lekat warna coklat @ hitam
kadang kadang ade setitik dua mcm warna darah beku
entahlah boleh percaya ke tak kan
tapi after 2 minggu pakai setiap hari
nampaknya sakit tumit makin berkurang. alhamdulillah

sekarang dia dah nak start sakit balik
so sebelum melarat, kenalah start balik pakai
ini semua akibat tidak menjaga pemakanan
suka suki bantai. kalau boleh gajah pun nak di makan



kepada yang nak cube saya sarankan lepas tempek kinohimitsu ni, pakai stokin
al maklumlah masa tido nanti kan kite terpusing sana terpusing sini
nanti tak sempat pagi tercabut pulak

ni gambar kaki hubby
 dia terlalu malas nk amik stokin dia kat bawah, so dia rembat saje stokin saya
agak feminin utk sepasang kaki yang berbulu

Thursday, August 11, 2011

wordless wednesday


sepatutnya wordless wednesday semalam, tapi terlupa lah pulak



Tuesday, August 2, 2011

kesengsaraan itu penuh hikmah

Assalamualaikum

Selamat menunaikan ibadah puasa kawan kawan

Bulan puasa bulan yang penat tetapi menyeronokkan. Tahun ini sama seperti tahun tahun lepas. Mungkin juga tahun ini lebih baik. Insyaallah

Sibuk memang sibuk. Selagi tak tutup mata, kerja kerja kerja. Untuk senang bukan senang dan untuk susah juga bukan susah. Orang melihat orang senang itu amat senang hidup nya. Ape yang mereka tidak tahu adalah setiap inci perngorbanan yang harus di berikan semata mata untuk mendapat ape yang di perolehi sekarang ini.

Saya percaya pada "tiada ape yang percuma" didunia ini.Setiap yang kite dapat sikit atau banyak, perlukan usaha, doa dan tawakal.

Sejak gagal IUI bulan lepas, saya dah tak jumpa doc untuk bulan ni dan bulan 9. Jadinye tak de ape yg nak diupdate sangat lah. Niat dihati nak menceritakan suka duka bidang yang saya ceburi dan kehidupan yang saya lalui. Suka duka kehidupan yang orang sering menganggap mudah ini. Tapi tak tau mana nak mula. Dah banyak Draft dah, tapi mane satu nak post pun tak tau.

Mungkin dah tibe masa saya kongsi masa lalu dan masa sekrang saya selain dari hanya bercerita tentang TTC.

Ade juga rasa mcm nk shut down aje blog ni, ade juga rasa nak buat blog baru.

Oh lupa pulak, mesti semua orang pernah dengar tajuk buku "don't be sad". Buku ni dah lama ade dalam simpanan, cuma tak ade masa nak baca. Disebabkan malam ni tak leh tidor, saya belek belek lah. Ade sesuatu di dalam buku ni secara tidak langsung memberi ubat di hati

* kesengsaraan itu penuh hikmah *

Selamat malam -malamnisayamerepek-

Sunday, July 24, 2011

First IUI : Failed

Hari ni terbukti IUI pertama : gagal
Tentu ada hikmahnya, cuma mungkin saya belum nampak
Cukup lah sekadar mempercayai bahawa segala yang terjadi ada sebabnya

Mungkin Allah nak bagi enjoy dulu
Enjoy holiday bulan sembilan ni
Tak payah nak jaga ape ape, cuma jaga diri sendiri aje
Angkat beg berat pun tak jadi masaalah
Jalan jalan seharian pun tak jadi masaalah


Kami sekeluarga , InsyaAllah akan ke

Paris September, 1st


Switzerland September 3rd

Milan September 6th

Venize September 7th


 Pisa September 9th


 Rome Sept 11th


Jika panjang umur, murah rezeki, di izinkan Allah

Ye,... saje je nak senangkan hati sendiri
Nak hilangkan rasa sedih di kalbu
Mencuba untuk tidak menitiskan air mata
Sebenarnya tak pegi mana mana pun tak pe asalkan ada anak
Tapi sayangnya, ketentuan bukan di tangan saya
Terimalah seadanya ape jua rezeki yang ada





Wednesday, July 20, 2011

wordless wednesday

4 days till my period is due

all I need now is a miracle

It's like waiting for a death sentence

Waiting for the day you cry your heart out

even though deep down inside I knew that this month will not make a difference

but still I cannot stop hoping


oh by the way, saya nk start wordless wednesday


Sunday, July 10, 2011

IUI : cont

Morning to all

Semalam (saturday ) pagi pagi lagi seawal lab bukak pukul 8.30 kami dah sampai
 Hantar sperm for washing and lab akan call balik bila dah ready
So kami balik rumah, bersiap untuk pegi keje dulu

12.00 noon
Lab call, cakap sperm dah ready
kami ke lab and wait for like 10 minutes kot
then bawa la sperm specimen yg telah diletak dlm tabung ni ke klinik Dr Sharifah
the reason kena pegang mcm ni adalah to keep the sperm inside warm


The result
Sperm count ( post preparation ) 31 milliom/Ml
Sperm Motility ( post preparation ) 80 %
Sperm Progression ( post preparation ) Rapid Linear Progression
*thanks to hubby sebab izinkan saya tulis kat sini*

Sampai klinik terus disuruh baring dengan bantal dibawah punggung
Dr datang dan masukkan ape ntah, then nampak lah mcm picagari dengan tiub kecil yg x panjang sangat la
kejap je everything is over. Doc kata saya ni senang nak masukkan sperm tu ke dalam berbanding orang lain
memang tak rasa ape pun cuma ngilu bila dia masukkan tiub

Rehat jap for 20 minutes dengan bantal masih dibawah punggung
Di akhir akhir masa 20 minit ni, terasa nk terkencing yg teramat sangat
Sipi sipi lagi nk jerit panggil nurse, macam macam surah dah baca kasi tahan kencing
*termasuklah ayat kursi*
dah ber doa beria ia supaya tahan jangan kencing sebab takut terkeluar balik sperm yg masuk tadi

Berjaya menahan sehingga cukup 20 minit
Terus pakai seluar dan keluar pegi toilet
Tak jumpa doc pun. Nurse cuma cakap "We're gonna wait for the good news"

Bayar dan Balik
Dalam post yg lepas lupa nak bgtau kos
Seperti biasa consultation dan scan RM 80.00
Ovidrel Injection RM 107.88
Sperm Wash RM 100.00
IUI Procedure RM 130.00
Consultation RM 40.00

Saya baca dalam internet kite boleh teruskan aktiviti harian seperti biasa, tapi selepas berbincang dengan hubby yang memang tak kasi langsung saya pegi keje atau jalan jalan, jadi saya terpaksa duduk dirumah aje
tgk tv, tgk cd , tido, makan, pegi toilet , tido balik

tapi semua tu tak menggembirakan sebab
dari kul 1 tengahari lepas makan tengahari tu, saya sudah mula sakit di sebelah kiri uterus ni, seperti sakit kat ovari, tdo terlentang dah tentu sakit, tido mengiring pun sakit. tapi masih boleh kawal lagi
Saya pun letak balm panas,,,,lega sikit
3 @ 4 kali kencing : terlihat ada spotting, tapi baca dlm internet pun kata it's normal

Dalam pukul 7 pm saya cramping yg teramat sangat
Duduk tak kena, baring tak kena, berdiri lagi lah tak kena nk jalan pun kena berpaut pada objek
Sampai call hubby sebab tak tahan. Rasa macam rahim ditarik tarik
Saya jarang cramping, sepanjang usia boleh kira brape kali sangat cramping
maybe ini biasa bagi orang lain tapi tak bagi saya

Mama and my sister call hospital, diaorang cakap it's either telur dah nak keluar dari ovari atau
Sperm tadi tidak dicuci dengan elok. maybe ade termasuk air ke ape sebab itu lah cramp

Anyway, the cramping went away after 1 hour
I was able to sleep sampai pagi
Alhamdulillah


Thursday, July 7, 2011

IUI

*Jumpa Doc pagi tadi

* Ovari kiri : telur ada satu (1) yg besar 28.1 mm yang selebihnya kecil sikit

*Ovari kanan : telur ada tetapi tidak membesar dengan jayanya *huh*

* Mula mula doc kata cancel IUI sebab IUI selalu boleh buat jika telur yang dikira "juicy" lebih dari satu

* Doc tukar fikiran lepas melihat muka hubby yg kelat dan sentap kerana kami dah bosan dengan timed intercourse.Sudah 3 cycle buat timed intercourse, jika dikira sekali percubaan dengan Dr NG dulu dah 6 cycle

* Doc kata chances kurang sebab hanya ade satu telur, but anyway, we are going to proceed with IUI

* So, malam ni saya akan inject HCG ni sendiri -maybe hubby tolong buat sebab sy takut  jarum injection -







* Hari sabtu pagi pagi lagi hubby dah kena hantar sperm dia ke lab untuk "sperm washing"

* Tengahari dalam kul 12 saya pulak kena ke klinik utk proses selanjutnya




* Jika ADA, ini hadiah paling bermakna menjelang Ramadhan

* Jika TIADA, teruslah mencuba

Sunday, June 26, 2011

plump piece

Assalamualaikum...

Kali ni tak bercerita tentang TTC atau ape ape yang se'angkatan dengannya...

kali ni dedicated to plumppiece@blogspot.com

Satu blog baru yang kami "Emy Suraya" (ME) & "Effa Farida" (My sister) create so that we can sell off our used items such as clothing, bags and shoes.

10 % of the total sales each month will be donated to Pusat Jagaan Harian Kanak Kanak Spastik, Ipoh atau kepada badan badan yang memerlukan

Feel free to browse through our blog.

plumppiece@blogspot.com -- with double "p" ye.

We will create Facebook as well as twitter for plumppiece as soon as possible.

Terima kasih atas sokongan anda

sebarang pertanyaan email : plumpiece@gmail.com

Sunday, June 19, 2011

IUI : Bulan Puasa ?

Selamat pagi.
Sekarang dah pukul 1.45 am *jam kat blog ni memang mereng sikit, jgn percaya pada dia*
Hubby sudah tidor dengan jayanya sejak setengah jam yg lepas dan saya pula tak mau tido tido jugak.Dah puas mengira kambing biri biri tapi nampaknya kambing pun dah tido dan saya masih berjaga.

Mula lah membelek belek calendar di Handphone...

Hari ini dah seminggu period lewat dan pagi tadi dah test pregnancy, tapi seperti biasa lah kan, negative aje. Sampai saya mula berpikir memang test stick ni telah di "program" untuk kasi result negative aje gamaknya. Dah setahun lebih kawin dan dah dekat 100 pregnancy test saya buat kot. Dulu nya masa baru baru kawin lagi lah tergedik gedik ingat boleh pregnant cepat kan. Asalkan pegi Pharmacy beli brg aje, mesti nak angkut pregnancy test kdg kdg sampai 5 / 6 stick sekali beli *buat stok lah katakan*. boleh kata tiap minggu try ni sebab masa tu sgt naive, tak tahu kitaran aliran period sgt, main bedal aje. Maka banyaklah Watson dan Guardian dapat makan duit saya, tak ketinggalan juga Farmasi Nyonya kat Ipoh ni.Ok dah melalut....kembali kepada track asal.;

Sepatutnya saya ke klinik hari ni utk amik ubat kasi period keluar tetapi al maklum lah busy mengalahkan Najib, jadi melepas lah nk ke klinik.esok aje lah. Check dan belek calander ni, saya maybe akan period hujung minggu depan dan IUI, InsyaAllah akan berlangsung pada 7 hb July 2011.IUI pertama tak de problem lah; tetapi IUI kedua ni kalau period on time next cycle, akan jatuh pada 5 hb August 2011 ...tapi kan dah bulan puasa. Boleh ke IUI pada bulan puasa? Dah bincang ngan hubby tadi sebelum dia tido, dia pun konpius, maybe tak boleh sbb istilahnya sama mcm make love di waktu siang di bulan puasa, tapi kalau suh doc buat malam boleh kan?*macam lah doctor tak de keje lain kan nk melayan aku sesaje* Belum lagi tanya doctor, maybe kawan kawan boleh tolong.

Kalau tak boleh IUI kali kedua ni, kena tunggu ajelah after raya 17 September 2011.

Ok..maybe after this boleh tido, jeles nengok org sebelah dengkur, kite pun nak join...tata and good night

MyPrecious:eventhoughyouarenothereyet,mummyanddaddythinkofyoualways:

Monday, June 13, 2011

bila bila bila???

Period ku sayang intan payung gunug meletop,, tolong lah datang cepat. lagi lambat awak datang, lambat lah saya boleh buat IUI. Tak kesian ke kat saya? kalau awak tak datang, tetapi awak membawa berita gembira, tak pe jugak.

I will give you five (5) more days to show up. Kalau tak nak jugak, nanti saya jumpa doctor suh kasi saya ubat paksa awak keluar? nak?? kalau tak nak, keluar sendiri, jangan degil !! arachi??

Saya hanya ade dua cycle lg sahaja untuk try IUI sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ni. Lepas tu saya rest sebulan pada bulan 9. Bulan 10 baru try balik, tp kalau tak dapat jugak before raya, after raya I don't wanna waste my time. I'm going for IVF! InsyaAllah

Wednesday, May 25, 2011

HSG

Assalamualaikum...

Bagun pagi seperti biasa. Dari malam semalam lagi dah rasa tak keruan walaupun org ramai cakap tak de ape, saya yang fobia dengan hospital ni, masih lagi takut. Dah siap bawak pad , extra panties dan feminine hygenic wash. Sampai kat KPJ 10 min lagi sebelum pukul 11, pegi klinik Dr Sharifah pastu nurse tu suruh terus pegi kat X ray.

Tunggu sampai borang sampai ambil nombor dan bayar RM 350.00. Tunggu lah turn sampai. tak lama sangat tunggu nyer tak sampai 10 min pun, nurse panggil masuk. Dia tanya bila last period, ade allergic pada any medications & seafood ke tak & tanya ade asthma ke tak. So, masuklah saya ke dalam bilik x ray. Nurse tu suh tukar baju dan lay down kat bed yang atasnya ade gigantic circle lebih kurang mcm ni lah machine nyer

 Masa nak baring tu nurse cakap "orang kata sakit ni, saya tak pernah buat"...alahai, dalam ketakutan aku ni ade jugak lah orang yg nak menambahnye. Maybe dia tgk saya cool aje kot. Tapi dlm hati tuhan aje yang tahu.

Tunggu....punyer tunggu....punyer tunggu, last ade sorg nurse ni masuk " Doc Sharifah asked other doctor to do it for you, male and malay doctor, are you ok? If you don't mind you can wait for her but i don't know how long it will take" lah...pulak !! Last last saya kata " I don't mind male doc, but I want doc Sharifah, and I'll wait"....*aku pun cerewet la pulak*.

Abis dah cerewet tak nak doc lain, saya tukar baju balik, and tunngu lah kat luar sebab ade orang lain nak masuk. Tunggu lagi lebih kurang 20 min, nurse tu panggil and masuk balik dlm bilik tu, sementara tukar baju, dengar suara doc...ahhhhh..lega.. doc pun on time! stress sebenarnya duduk atas katil tu menunggu sambil ditemani mesen mesen pelik dalam bilik tu.

Baring atas katil tu & bermulalah proses yang sangat tak selesa. Tak nampak sangat ape benda doc buat sebab doc facing the other way, tp sebab mata ni gatal jenguk, nampak lah picagari yang besar dengan jarum *alamak* dengan masa doc nak mulakan proses tu saya dengar bunyi besi knocking each other...*eh, ape kejadah nak pakai besi segala ni*

Pastu doc suh bukak kaki & terasa lah seperti ade benda masuk tapi jauh kedalam and tetibe rasa mcm ade benda nak tarik uterus tu keluar * aduh, mmg sakit ! sumpah tak tipu !* tapi kejap aje. I have to stay in that position for like 5 minutes and that is the longest 5 minutes ever in my life. Doc tunggu aje kat tepi. Dah sipi sipi lagi nak bukak mulut tanya doc kenapa tak porceed proceed lagi dgn benda ni bila ade one other doc came in and said " sorry to keep you waiting, we are so busy today". ooooo rupenyer yang nak operate machine tu doc lain. Padan lah doc Sharifah kena tunggu.

Katil yang saya baring tu bergerak lah supaya benda bulat tu boleh duduk atas perut. Sekejap aje procedure ni. Semasa benda bulat tu ade atas perut tu, terdengar lah satu perkataan yang indah yang saya tunggu tunggu " very nice, no blockage". Masa tu doc sharifah yang terlebih seronok " hah, semua ok emy. Tak de tersumbat" dengan nada yang sangat ceria. Masa tu sakit pun rasa mcm tak sakit.

Rasa amat lega bila doc keluarkan "benda" tu & nurse suh baring dulu kejap. Doc Sharifah cakap next month we try IUI sambil menepuk nepuk bahu saya. *tak rugi tunggu doc because she knows me and my condition*

Nurse kasi pad orang bersalin yang amatlah tebat seperti pampers. Tukar baju dlm toilet bilik x ray tu. Saya tak pasti samaada yang keluar tu dye ataupun darah. Tapi rasanya darah yang berketul. sebab lepas kencing tu tgk kat toilet bowl ade darah mcm ketulan darah period. Masa tu dah tak sakit cuma cramp. Masa jalan keluar dr bilik nak ke tempat hubby menunggu tu dah macam itik pulang petang *tertonggek tonggek terkepit kepit*

Terus masuk toilet tukar panty and pakai pad. Tunggu result and terus balik. Klinik pun tutup sbb dah lunch hour. Saya akan call clinic esk untuk next appoinment.

Ini result and gambar xray tu



                                                   Sori, gambar xray ni terbalik sikit.

Rasanya amatlah tak selesa dan sakit tapi sekejap aje. Lepas tu boleh balik rumah. Saya sarankan bercuti aje hari buat test ni. Tapi seandainya anda keje opis duduk aje depan PC tak bergerak banyak, then tak yah cuti pun tak pe. Dah 4 atau 5 kali saya kencing masih lagi keluar mcm darah. Rasanya memang darah tp cramping dan tak de. Macam biasa aje.

Bulan depan Insyaallah akan buat IUI dan saya amatlah berharap semoga jalan saya dan suami dipermudahkan. amin.

Friday, May 20, 2011

Jangan...kalau ia menyakitkan

Jangan pandang
Jangan peduli
Jangan dengar
Jangan pikir
Jangan bercerita
Jangan pergi 
Seandainya ia menyakitkan.

Jangan Pandang : Tak salah kalu kite tidak melihat sesuatu walaupun ianya baik dan mennggembirakan bagi sesetengah orang tetapi tidak bagi kita.

Jangan Peduli : Lantaklah orang nak cakap kita katak bawah tempurung ke, kite dengan dunia kita kerana dunia kita indah dan tidak menyakitkan. Buat ape sibuk sibuk amik tahu hal orang sedangkan perasaan sendiri tak keharuan?

Jangan Dengar : Mulut orang kita tak boleh tutup, kalu boleh tutup, memang kita ni nak tutup siap letak benda ape tu namanya?? yg boleh kasi pengsan terus tu ? hah...combokan sekali dengan ubat kasi pengsan tu kan. Jadi ape yg tak suka didengar, "masuk telinga kanan keluar telinga kiri".

Jangan Pikir : Bab jangan pikir ni mmg selalunya saya kalah, sebab mulut cakap tak nak pikir tp otak ligat aje.  Jadi orang kata kalau sakit kaki, kite tampar muka kite supaya muka lebih sakit dan kite lupe pasal kaki yang sakit tadi. Carilah sesuatu yang boleh alihkan perhatian dan minda kita ni dari berfikir perkara yang remeh temeh yang sepatutnya otak kita tak yah pikir.

Jangan Bercerita : Perasaan kita akan lebih cool down kalau kita dapat bercerita dan bertukar pendapat dengan orang orang yang se kapal dengan kita dan orang orang yang rapat dan memahami perasaan kita walaupun dia tidak melalui ape yg kita lalui. Jadi berceritalah HANYA pada orang yang paham sebab kalau kita bercerita pada yang tidak @ kurang faham , last last kite yang naik darah, kita yang down, kita yang rasa rendah diri, kita yang rasa kita keseorangan dalam dunia ni. Orang tu tak de ape pun, dia bahagia aje dgn hidup dia!

Jangan Pergi : kenduri kendara, open house,  segala galanya lah yang perlu kite berinteraksi dengan orang ramai, kalu kita tak selesa, kalu kita rasa pedih, jangan lah pergi. Hanya kita yang tahu perasaan kita. Apa yang bahagia bagi orang lain tidak semestinya bahagia bagi kita. Bukan niat tak mahu silaturahim dgn orang, tp ape guna menjaga perasaan orang andai orang tidak menjaga perasaan kita. Berhentilah dr menjaga hati orang dan mula lah berfikir tentang ape yang baik bagi kita dan rumah tangga kita.

Tak salah kalau kita masih belum punya zuriat sebab itu bukan hak kita untuk tentukan. Ini bukan satu "desease" cuma "hiccups" di dalam rumah tangga. Jadi sesiapa yang memandang anda dengan sebelah mata, sesiapa yang bercakap tentang ke"tidaksuburan" anda dan sesiapa yang asik asik bertanya dan bercakap lantang tu, dia sebenarnya yang sakit, bukan anda!

Jadi maaflah seandainya saya kurang muncul dalam majlis majlis orang ramai. Maaflah kalau saya tak nak ambil tahu tentang orang lain. Kerana saya sayangkan diri saya dan saya sayangkan rumah tangga saya.

Monday, May 16, 2011

HSG Appoinment

Pagi tadi dah g klinik, bgtau nurse yang saya nk buat HSG test bulan ni.So, dia kata nnt dia buat appoinment with Xray dept tu dan dia akan call saya balik.

Baru sekejap tadi dia call..HSG test is on the 25th of this month at 11 o'clock. That's mean right after I come back from Singapore and on the day mama, ayah, effa and iman go to Vietnam for their holiday.

Hope everything will go well. can't wait for 25th !!!

Sunday, May 15, 2011

failed.....again *sigh*

Period Hari ni dan seperti kebiasaan lah, menangis sampai tertonggeng tonggeng sampai BP pun trun. Dah kena makan ubat Low BP dan tido tak sedar diri dari pukul 4 ptg sampai lah kul 8 mlm tadi.Esok saya nak cuti, sape tak kasi saya cuti...haiyakkkk!!! saya keluarkan bola bola api dr tangan saya ni hah.nak?hehe :)

Esok pagi pagi nak pegi klinik isi borang for HSG test and set appoinment utk test. Kuat rasa saya mengatakan tiub saya tersumbat. Andai kata lah tiub saya tak tersumbat & doc kata tak ade cyst ke fibroid ker dan smuanya ok. Hanya satu sahaja jawapan yg tinggal : bukan masa lagi utk saya dapat anak kerana Allah SWT lebih mengetahui masa terbaik utk saya.

Lepas buat HSG test bulan ni, saya masih tak tahu hala tuju.Mungkin saya akan stop treatment dan terima keadaan ini seadanya....eh, tak mungkin saya duk diam : "emy suraya takkan berhenti selagi dia tak dapat ape dia nak"


To everybody that is still trying : never give up hope even if it means you have to cry like a baby everytime you failed.

To my Mother and family : Thank you for being so supportive all these times. Love You!!

To Hubby dearest : Even if I die and get to live life once more, there's nothing I want more than to be your wife.

Monday, May 9, 2011

Happy Mothers Day to all

Salam Hari Ibu untuk semua, tak kesah lah dah jadi ibu, bakal ibu, ataupun yang masih berusaha untuk bergelar ibu.

Hari Ibu tahun ini saya sambut biasa biasa aje. Seperti tahun lepas dan tahun sebelumnya, wajib untuk kasi mama bunga dan tak lupa jugak untuk mother in law dan staff staff Riamoda Silk House yang telah pun bergelar ibu.

Tahun lepas masa meraikan mereka mereka yang bergelar ibu, dalam hati kata " tahun depan aku pulak yg dapat bunga". 100 % meleset jangkaan tu. Mungkin tahun depan kot.

      alamak, kecik nyer gamba, sbb buta IT, biarlah gamba ni, tak jelas sgt ke"montel"an saya tu kan.

Insyaallah 14 hb ni saya period. Tak sabar nak buat HSG test walaupun baca article dalam internet dan tgk video dlm youtube tu, dr pengalaman org ade yang cramping selepas buat test tu, keluar discharge dr dye yang dimasukkan tu dan ramainya berkata amatlah tidak selesa semasa test dijalankan. Bergantung jugak pd individu kot. Harap haraplah saya ok.

Itu sahaja entry kali ni. Saya pasti saya period bulan ni dan saya redho. Kadang kadang kite boleh usaha sampai tonggeng terbalik, tp seandainya Allah belum mengurniakan rezeki itu, kite hanya mampu mencuba dan tawakal. Apa apa pun jangan putus asa. Saya amat bersyukur walaupun rezeki anak belum lagi saya terima, tetapi dah terlalu banyak nikmat Allah SWT berikan kepada saya, hubby dan family saya yang selama ini saya terlepas pandang. Saya akan cuba untuk sentiasa bersabar walaupun kesabaran saya dari segala segi tidak pernah tinggi.

Wednesday, May 4, 2011

books

Semalam sebelum masuk tgk wayang kami pun jenjalan pusing pusing Jaya Jusco Kinta City yang amatlah "besar" ni kan. Masuklah MPH dan terjumpa satu buku ni " a baby at last !" yg banyak menceritakan ttg technologies2 masa skrg yg boleh membantu mendapatkan baby.

Time hubby nak bayar, pusing pusing lagi, jumpa lah satu lagi buku ni " fertility & conception" yg banyak gambarajah yang menerangkan sgt detail tentang body kita ni. So, beli lah dua dua, nak abis bacanya tak tau bila kan... tp letak ajelah kat bedside table.

Seandainya ade cerita menabjubkan yang saya jumpa bila baca buku buku ni nanti, akan saya kongsi kat sini.

Monday, May 2, 2011

boleh bantu saya tak?

selamat pagi semua

saya adde sedikit pertanyaan, ceritanya begini:

28 hb April : Jumpa Doc dan pada pukul 10.30 am, doc inject Ovidrel, so intercourse will take place 36 hours later lah kan.

29 hb April : Saja gatal nak test ovulation.. mmg ovulate lah kan sbb doc dah inject ovidrel tu.

30 hb April : Malam jam 10 mcm tu, test ovulation, keluar 2 line lagi. ok mungkin tak abis lagi

1 hb Mei : malam jugak time kul 10 jugak, test lagi, eh eh, 2 line lagi.

2 hb Mei : pukul 7.30 pagi tadi test lagi, masih lagi ovulate.

saya baca dlm internet, sememnagnya ovidrel akan bg kite ovulate 24 - 36 hours after injection. tetapi ade jugak kes kes yg saya baca, sesetengah org akan ovulate 72 jam selepas ovidrel. So, saya agak confuse, mungkin juga sebab HCG dalam injection tu yg menunjukakn false positive ovulation kat stick tu. Tp saya rasa saya telah ovulate pada jam 11.30 malam 29 hb April hari tu sbb setiap bulan bila time saya ovulate, saya akan sakit dekat area ovari,doc kata sbb setengah org bila time telur tu nk di lepaskan, kite akan rasa sakit. ade sebab2 nye saya pun tak ingat doc tu kata ape. Ni doc Ng yg first doc tu lah cakap setahun yg lepas.

kalau kawan kawan ade jawapan pada persoalan saya ni, sila bantu saya. Skrg sy tgh confuse time bila lah yg seeloknya nk berusaha bersungguh2 tu.

Friday, April 29, 2011

3rd try

sekarang dah pukul 1.15 am dan saya baru aje sampai di ipoh dari kerja di tanjung malim tadi. Ingatkan nk tulis blog esok aje sbb penat sgt ni, tp disebabkan takut esok saya lupa ape yg doc cakap td, saya tulis gak malam ni.

Pagi tadi sebelum pergi KPJ, saya g Pantai Hospital dulu nak amik sperm test result and hormone result yg buat dgn Doc Jayabalan dulu sbb nak di tunjukkan pd Doc Sharifah. Sampai aje saya orang pertama hari ni.

seperti yg saya cakap smlm, sy akan tanya doc kenapa sy tak boleh conceive last month sedangkan telur ada 3. Kata doc there are few factors lah and one of them is blockage kat fallopian tube. Maybe jugak cengkerang telur tu terlalu keras susah sgt sperm nak penetrate. Sbb according to doc telur saya dah keluar besar dan banyak jugak *"juicy" kata Doc Sharifah*. Sperm okay.So maybe tube tersumbat.

Bulan ni telur ade 1 biji aje yg besar sebelah kiri 2.6 mm ade lagi yg lain kecik sikit 1.8 mm. Ovary sebelah kanan langsung tak de. Jadi dr nak buat IUI tadi, terus doc kata buat timed intercourse ajelah. Doc kata, by the end of this cycle, if I still cannot conceive, next month dia akan buat inject dye and x ray fallopian tube. Doc kata dia akan inject dye pastu xray. kalau nampak mcm block baru buat incision and guna laparoscopy tu.

According to ape yg doc plan tadi mcm ni :

bulan ni timed intercourse, kalau tak pregnant jugak, bulan depan rehat tak payah amik clomid cuma buat x ray tiub shj. kalau tiub ok, the following month and the month after buat IUI and kalau tak boleh pregnant jugak after 6 months with Doc Sharifah, she insisted that I try IVF bacause the chances of getting pregnant is higher.

Doc pun story lah pasal IVF ni. Dia kata kawan dia masa lps study dulu, susah sgt nak pregnant, that time IVF is very costly as compared to now, so kawan dia jual MPV and beli kancil, duit jual MPV tu, buat IVF. First time buat, dapat twins, second time, dia pergi je kat klinik tu balik, tak payah susah susah sbb katanya diaorg ade simpan telur yg dibekukan kat sana. kira mcm bank lah. so, after 2 years mcm tu, kawan dia pegi balik, inject 3 embryo dapat twin lagi. Dah 4 orang anak. lepas few years kawan dia pegi lagi sbb "stock" dia masih ade kat sana , inject lagi, dapat lah lagi twin. Skrg anak kawan dia dah ade 6 orang*3 twins*.
Jadi sekarang kawan dia kena beli balik kete MPV sbb anak dah ramai.

So sekarang ni mata dan fikiran dah terbayang IVF dah. Tp ape pun try biasa dulu. Kalau tak dapat jugak, terpaksalah. This month try biasa biasa ajelah.

ok. rasanya itu aje kot..otak dah tak leh pikir, badan dah penat, hari dah awal pagi. Kalau ade yg saya terlupa, nnt saya tulis lain kali dan please excuse kalau ade spelling mistake @ ayat berbelit belit....dah nampak burung terbang atas kepala dah ni.