CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 19, 2011

Bersyukurlah wahai wanita bertuah

Sudah lama rasanya nak kongsi perasaan dan pendapat saya yang satu ni, tapi masih belum berkesempatan. Hari ni saya agak lapang, so mari kita mulakan ....

Dalam tempoh saya TTC ni, saya amat lah peka terhadap perkembangan orang lain yang seangkatan dengan saya (seangkatan bermaksud: wanita, berkahwin, sudah beranak, masih cuba untuk mengandung ataupun sedang mengandung). Saya pernah membaca dan mendengar kata kata beberapa wanita yang sedang mengandung " mengandung ni memang penat macam ni ker? " " tak laratnya nak mengandung, setiap hari muntah dan pening dan tak lalu makan" "sakit pinggang giler rasa macam nak suruh baby keluar sekarang jugak" dan bermacam macam lagi kata kata dan perbuatan yang bagi saya amat "menyedihkan" ini.

Mungkin orang lain tak "affected",tetapi saya,,tersentuh.

Bersyukurlah dengan ape yang anda dapat wahai "wanita wanita bertuah" kerana tidak semua wanita yang bergelar isteri di dunia ni bertuah seperti anda.

Ada yang bertahun tahun mencuba tanpa henti. Berkali kali terlantar atas meja operation hanya supaya satu hari nanti, ada syurga di bawah tapak kaki nya.

Yang tersentuh dan merasa tidak berguna setiap kali melihat wajah kegembiraan suami nya bila dapat bermain bersama anak orang lain.

Berhabis habisan mencari wang hanya untuk mendapatkan rawatan dari Doctor yang terbaik, menghabiskan masa dan tenaga supaya rumah mereka dipenuhi gelak tawa anak anak.

Berdoa dan merintih setiap kali bertemu Tuhan dan tidak pernah sekali kering airmatanya.

Bersyukurlah.... kerana ada ramai lagi yang sanggup melakukan ape sahaja untuk melalui semua yang anda lalui.


Maafkan saya jika saya tidak faham. Maafkan saya jika ada yang terasa, bukan niat untuk melukakan hanya sebagai peringatan. Mungkin satu hari nanti bila saya mengandung kelak, saya juga akan merungut. Saya harap tidak. amin

4 comments:

AniE said...

betul!!! >>
sokong..

JayBlabbers said...

Yeah, we all feel the same.
tapi aku ade kwn yg lame gak cube mcm2 utk pregnant, but when she did, komplen gak..maybe its natural kot (walaupon annoying) cuma, kalau kita pregnant kelak, kite jgn merungut dpn org yg tgh struggle, sbb secare taklansung leh menyakitkan hati dia mcm yg kite rase skg..dpn husband, or depan org2 yg penah rase pregnant ok kot. heh

Anonymous said...

sabar emy... sabar..
aunty aku tu dah 14thn kawin.. msh xda rezeki.. tp sentiasa berusaha utk mengandung..
usaha xyah ckp la mcm2 dah..ismail tambi lah ape lah..mcm2..dah xda muka dah aunty aku tu malu g hospital..
cuma satu aku pesan..jgn putus asa.. spt aunty aku tu.. insyaallah rezeki utk kamu akan ada.. sabar ye emy.. -NoLLy-

Anonymous said...

Salam kakak..

byk kan berdoa ye..insyaAllah ada rezeki :) sy doakan kakak berjaya..

p/s: sy silent reader yg selalu bc blog ni. xtahu kenapa..tp suka membaca you writing :)

Post a Comment