CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 31, 2011

11th day

Yay!!! Saya tak perlu buat laparoscopic ovarian drill..Lega.baru boleh tdo malam dgn lenanya.sejak 2@3 hari sblm pegi jumpa Dr. ni, sy mmg susah ati sbb takut kena operate tu.tp nasib baik tak payah.

Telur ade 3 biji dan baru hari ke 11 dah besar sampai 2.6 mm. So Dr Sharifah bg injection supaya boleh buat timed intercousse. Chances tinggi sikit bulan ni berbanding bulan lepas.

Harap menjadi...amin

Monday, March 21, 2011

promises are made to be broken

Saya mulakan blog dengan satu janji pada diri : Saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan kesedihan dan keperitan saya . Tapi hari ini, saya mungkir.

Satu malam, emosi saya amat terganggu, menangis teresak esak mcm anak kecik di peha mama. Rasanya dunia ini amat kejam dan tidak adil.  Bertanya pada mama apa salah saya sampai saya terpaksa lalui semua ni? Katanya ini dugaan. Saya kata pada mama, "Boleh tak mama buat emy lupa, buat emy tak fikir.emy tak tahan".  Mama kata mama cuba mintak ubat. Buat pertama kalinya saya mandi bunga. kelakar pun ade,nk percaya atau tak, pun saya tak tau. Saya cuba bermacam cara supaya saya lupa dan tidak sedih. Setiap kali saya sedih, jika ada ruang, saya bershopping. Habis duit pun tak pe sebab kepayahan mencari duit tidaklah sepayah dan seperit apa yang saya lalui. Saya pegi holiday, saya plan untuk tukar kereta, beli rumah, beli tanah, plan bukak bisness baru,tengok wayang, karaoke, mandi manda, dari sekecil kecil usaha hingga ke besar besar usaha tp ternyata, semua itu hanya boleh buat saya gembira sebentar sahaja. Saya cuba untuk jauhkan diri dari masyarakat supaya saya tak sakit dengan pertanyaan dan kenyataan. Bukan nak lari, tp cuma memberi ruang untuk diri tenang. Lari dari Facebook dan Blog, lari dari manusia manusia yang telah, sedang dan akan membuat saya menangis. Tapi bak kata Aini Qamariah, "sampai bila nak lari emy?" jawapan yang boleh saya beri " sampai masa nya tiba saya tahu saya telah bersedia, saya akan kembali"

Baru baru ni, saya pergi ke foot refleksology, amoi ni urut kaki saya. Sembang punye sembang dia tanya lah saya dah ada anak ke belum saya jawab "belum la, banyak susah mau pregnant oo" dia jawab dengan selamba " ini semua aa takdir u tau ka. tuhan ah tak mau kasi u cepat cepat, nanti dia cincai cincai kasi u, tak dak baik. tunggu lama kasi u, mau kasi baik baik punya. dengar u punya cakap, sekolah pandai". Terkesima la kejap. Walaupun agak pelik, tapi ia mampu buat saya tersenyum.

Hari ini saya period selepas lebih 7 hari menunggu period due.Sedih? bulan ini tidak, bulan depan mungkin, bulan lepas pasti.

Saya ingin meminta maaf secara terbuka kepada Emy Suraya  kerana hari ni saya memalukan dia. Dan kepada suami saya yang akan membaca tp mungkin bukan hari ni :

11 years ago you were my friend, 10 years ago you were my boyfriend, 2 years ago you were my fiance, 1 year ago, you take me as your wife and until now, you are still all those people that make my life a living heaven.

Wednesday, March 2, 2011

PCOS

28th February 2011

Jumpa Dr Sharifah sekali lagi, kali ini, telur telah membesar dari 1.5 mm ke 2.22 mm tetapi sayangmnya hanya ade satu telur sahaja membesar bagaikan juara. Kata Dr kalau dah makan clomid ni, orang normal akan keluarkan banyak telur yang boleh dan berpotensi untuk matang tetapi kerana saya ni PCOS, jadi ubat tu kurang keberkesanannya mungkin.

Dr cakap kalau telur banyak, bolehlah kite cuba bermacam cara maybe time intercourse @ IUI. tetapi disebabkan saya hanya ade 1 telur, jadi normal intercourse lah bulan ni...seandainya saya datang period dan tidak mengandung, Dr suruh saya makan Clomid lagi : this time it's no longer 50gm or 100gm. it's 150 gm. Dr kata kalau next month, dia tidak berpuas hati dgn tumbersaran telur saya, saya kena buat ovarian drilling.tetapi kalau lah dia puas hati, maybe terus buat IUI.

kalau nak tahu lebih lanjut ttg PCOS, boleh baca article written by Dr Hamid Arshat

http://www.hamidarshat.com/polycystic-ovary-informasi-162.html/

http://www.youtube.com/watch?v=JKEFEOy9O1s : dan ini pula video Ovarian Drilling

I never had any kind of surgery before : so good luck trying to get pregnant Emy Suraya.

It just doesn't come easy for you !!!