CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 29, 2011

3rd try

sekarang dah pukul 1.15 am dan saya baru aje sampai di ipoh dari kerja di tanjung malim tadi. Ingatkan nk tulis blog esok aje sbb penat sgt ni, tp disebabkan takut esok saya lupa ape yg doc cakap td, saya tulis gak malam ni.

Pagi tadi sebelum pergi KPJ, saya g Pantai Hospital dulu nak amik sperm test result and hormone result yg buat dgn Doc Jayabalan dulu sbb nak di tunjukkan pd Doc Sharifah. Sampai aje saya orang pertama hari ni.

seperti yg saya cakap smlm, sy akan tanya doc kenapa sy tak boleh conceive last month sedangkan telur ada 3. Kata doc there are few factors lah and one of them is blockage kat fallopian tube. Maybe jugak cengkerang telur tu terlalu keras susah sgt sperm nak penetrate. Sbb according to doc telur saya dah keluar besar dan banyak jugak *"juicy" kata Doc Sharifah*. Sperm okay.So maybe tube tersumbat.

Bulan ni telur ade 1 biji aje yg besar sebelah kiri 2.6 mm ade lagi yg lain kecik sikit 1.8 mm. Ovary sebelah kanan langsung tak de. Jadi dr nak buat IUI tadi, terus doc kata buat timed intercourse ajelah. Doc kata, by the end of this cycle, if I still cannot conceive, next month dia akan buat inject dye and x ray fallopian tube. Doc kata dia akan inject dye pastu xray. kalau nampak mcm block baru buat incision and guna laparoscopy tu.

According to ape yg doc plan tadi mcm ni :

bulan ni timed intercourse, kalau tak pregnant jugak, bulan depan rehat tak payah amik clomid cuma buat x ray tiub shj. kalau tiub ok, the following month and the month after buat IUI and kalau tak boleh pregnant jugak after 6 months with Doc Sharifah, she insisted that I try IVF bacause the chances of getting pregnant is higher.

Doc pun story lah pasal IVF ni. Dia kata kawan dia masa lps study dulu, susah sgt nak pregnant, that time IVF is very costly as compared to now, so kawan dia jual MPV and beli kancil, duit jual MPV tu, buat IVF. First time buat, dapat twins, second time, dia pergi je kat klinik tu balik, tak payah susah susah sbb katanya diaorg ade simpan telur yg dibekukan kat sana. kira mcm bank lah. so, after 2 years mcm tu, kawan dia pegi balik, inject 3 embryo dapat twin lagi. Dah 4 orang anak. lepas few years kawan dia pegi lagi sbb "stock" dia masih ade kat sana , inject lagi, dapat lah lagi twin. Skrg anak kawan dia dah ade 6 orang*3 twins*.
Jadi sekarang kawan dia kena beli balik kete MPV sbb anak dah ramai.

So sekarang ni mata dan fikiran dah terbayang IVF dah. Tp ape pun try biasa dulu. Kalau tak dapat jugak, terpaksalah. This month try biasa biasa ajelah.

ok. rasanya itu aje kot..otak dah tak leh pikir, badan dah penat, hari dah awal pagi. Kalau ade yg saya terlupa, nnt saya tulis lain kali dan please excuse kalau ade spelling mistake @ ayat berbelit belit....dah nampak burung terbang atas kepala dah ni.

10 comments:

ding dong bell said...

good luck dear! hope u akan berjaya ! ;)

AkUiStInI3 said...

hai kak emy..slalu jugak jenguk blog akak..nak tnya akak, skrg brapa cos untuk ivf procedure tu yer??

AiniQMY said...

darling, wah, aku bace entry kamu sambil menarik nafas lega...i can smell the positive mind from this entry! Good girl! ikut cakap doc ok! Love you~

Mrs.ShiZni said...

Tiap kali jumpa Dr mesti balik tu penat nak pikir kan... Good luck. Doa banyak2. Semoga dipermudahkan,

shaLiciOus said...

good luck!! everything will be okay..im sure nanti sis akan preggy normally..chaiyok2!!

E K A said...

gud luck sis ;)

one BABY-step at a time said...

Thanks to everyone !! And to akuistini3 : doc kata cost ivf ranging frm 15,000 to 20,000. Tp bukan bayar sekali gus, bayar sikit sikit.

jayfarhana said...

emy, r u sure 2.6mm? aku rase 26mm kot (2.6cm) sbb telor yg matang minimum size is 18mm...mustahil bawah drp tu..rasenye mmg 26mm & 18mm telur ko ni..aku dpt 14mm pon doc ckp kecik..gudluck for this month ya! ;) -jay

one BABY-step at a time said...

Iye la tu.ak ni bile doc cakap, pikiran ak dah melayang dah.sori ye silap info pulak

jayfarhana said...

hehehe tu la aku terkejot gak kalau 1.8mm dah besar camtu aku byk la telor besar gak ;P ahaks. last week check aku nye telor grow smpai 7mm je..haih..tp itu sbb xmakan ubat lg. ni tunggu period nak ambik ubat subor. kalau xambik ubat, tak grow pon :(

Post a Comment