Jangan pandang
Jangan peduli
Jangan dengar
Jangan pikir
Jangan bercerita
Jangan pergi
Seandainya ia menyakitkan.
Jangan Pandang : Tak salah kalu kite tidak melihat sesuatu walaupun ianya baik dan mennggembirakan bagi sesetengah orang tetapi tidak bagi kita.
Jangan Peduli : Lantaklah orang nak cakap kita katak bawah tempurung ke, kite dengan dunia kita kerana dunia kita indah dan tidak menyakitkan. Buat ape sibuk sibuk amik tahu hal orang sedangkan perasaan sendiri tak keharuan?
Jangan Dengar : Mulut orang kita tak boleh tutup, kalu boleh tutup, memang kita ni nak tutup siap letak benda ape tu namanya?? yg boleh kasi pengsan terus tu ? hah...combokan sekali dengan ubat kasi pengsan tu kan. Jadi ape yg tak suka didengar, "masuk telinga kanan keluar telinga kiri".
Jangan Pikir : Bab jangan pikir ni mmg selalunya saya kalah, sebab mulut cakap tak nak pikir tp otak ligat aje. Jadi orang kata kalau sakit kaki, kite tampar muka kite supaya muka lebih sakit dan kite lupe pasal kaki yang sakit tadi. Carilah sesuatu yang boleh alihkan perhatian dan minda kita ni dari berfikir perkara yang remeh temeh yang sepatutnya otak kita tak yah pikir.
Jangan Bercerita : Perasaan kita akan lebih cool down kalau kita dapat bercerita dan bertukar pendapat dengan orang orang yang se kapal dengan kita dan orang orang yang rapat dan memahami perasaan kita walaupun dia tidak melalui ape yg kita lalui. Jadi berceritalah HANYA pada orang yang paham sebab kalau kita bercerita pada yang tidak @ kurang faham , last last kite yang naik darah, kita yang down, kita yang rasa rendah diri, kita yang rasa kita keseorangan dalam dunia ni. Orang tu tak de ape pun, dia bahagia aje dgn hidup dia!
Jangan Pergi : kenduri kendara, open house, segala galanya lah yang perlu kite berinteraksi dengan orang ramai, kalu kita tak selesa, kalu kita rasa pedih, jangan lah pergi. Hanya kita yang tahu perasaan kita. Apa yang bahagia bagi orang lain tidak semestinya bahagia bagi kita. Bukan niat tak mahu silaturahim dgn orang, tp ape guna menjaga perasaan orang andai orang tidak menjaga perasaan kita. Berhentilah dr menjaga hati orang dan mula lah berfikir tentang ape yang baik bagi kita dan rumah tangga kita.
Tak salah kalau kita masih belum punya zuriat sebab itu bukan hak kita untuk tentukan. Ini bukan satu "desease" cuma "hiccups" di dalam rumah tangga. Jadi sesiapa yang memandang anda dengan sebelah mata, sesiapa yang bercakap tentang ke"tidaksuburan" anda dan sesiapa yang asik asik bertanya dan bercakap lantang tu, dia sebenarnya yang sakit, bukan anda!
Jadi maaflah seandainya saya kurang muncul dalam majlis majlis orang ramai. Maaflah kalau saya tak nak ambil tahu tentang orang lain. Kerana saya sayangkan diri saya dan saya sayangkan rumah tangga saya.
Friday, May 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
im 100% agree with this.
aku pon jarang jumpe sdare mare, kenduri2 sanggop cari alasan taknak pergi..espesheli majlis cukur jambul...kirim hadiah je tapi taknak pegi..nnt org tanya, sendri saket ati,,niat nak pegi kenduri baik, takpasal2 jadi benci kat org. better avoid that. :P raya ni kalau aku xpregnant gak aku dah plan gi bercuti..huhuhu..org mmg xkan paham kite.
Betul tu jay!! ko g jenjalan aje,ko happy, orang tak happy lantakkan!! kite sedih orang tak peduli pun
HAPPY SOKMO DEAR
emy nak tgk HSG aku tak? aku baru up kat blog aku heee http://jayblabbers.wordpress.com
Suke entri ni..
sangat setuju...
saya setuju 100%. Bila nak ke rumah sanak saudara kena berfikir 10 kali, untuk jaga hati dan perasaan sendiri. Buat apa nak jaga hati orang lain kalau kita sendiri terluka...Saya pernah sekali termenangis depan orang bila seorang makcik tu (tarikh kahwin sama dengan saya) tergelak2 suruh saya angkat baby dia. Sekali tu sajalah, lepas ni saya memang berhati2 untuk elakkan benda2 macam tu berulang lagi...
Anie: tq tq..hehehe
Yani : ape ke jahat sgt makcik itu?adoilah...manusia ni bermacam macam kan.ade yang membina bahagia atas kesusahan org lain.x pe Allah itu maha adil.
Post a Comment