Lupa sangat nak update pasal IUI kali ni..*ampun ampun* hihihi :-)
1 Mac 2012 : Seperti biasa hantar sperm pegi lab at around 8.30 am. Lepas tu ronda ronda kat mall kejap. Duk tunggu lab call, tak call pun.Maybe tak siap lagi. So kami pun balik rumah.
Sampai rumah dah dekat kul 12.30. Pelik kenapa lab tak call, so kami pun call clinic. Rupenye dah siap lama, lab lupe call.cehh!
Terus bergegas ke klinik. Doc suh cepat sebab dia dah nak kluar. Dua kali IUI yang lepas memang mudah. Senang aje nak masuk. Kali ni ape ke ujian yang datang, susah pulak.. dah macam macam alat masuk, tak mau jugak jumpa pintu rahim tu..gamaknya dia main cak cak kot. Sampai bleeding skit lah. Sakit tu memang sakit, tapi sakit lagi bile tengok besi doc yang panjang tu, ni kalu masuk mau cucuk sampai ke perut ni. Ngilu dan seriyau lah. So saya amik keputusan pejam mata aje. At last (lepas dikobek kobek) doc kata "hah, dah ok"..fuhhhh legaaa.
Lepas di "injek" as usual baring with bontot atas bantal sampai 20 minit. Baca Doa Nabi Zakaria dan Surah Al Anbiya 21:89. Tak habis habis berdoa..Harap di makbulkan kali ni..Amin.
Kami tak meletak harapan tinggi pun IUI kali ni. Anggap ajelah sama macam IUI yang lepas lepas tu. Oh ya, lupe nak cerita pasal cramping. Dalam pukul 3 lebih saya dah start cramping. Kali ni saya saya tak mau layan cramping tu..saya jumpa satu cara nak hilangkan dan so far, berkesan. Masa tgh sakit tu, gagahkan diri duduk kat toilet bowl dan cube untuk buang air besar. Lepas buang air besar tu terus hilang...kihkihkih...it works for me, tak tau pulak untuk orang lain mcm mana.
Semalam lepas bersama, entah ape hal cramping balik. Sampai kena letak balm dan urut urut skit lah. Sampai ke hari ni rasa sakit lagi. Kalau tak baik jugak esok, saya nak g klinik..tapi rasanya tak de ape yang harus dibimbangkan kot. Maybe muscle cramp saja.
Ada beberapa orang cakap, tak yah nak pakai injek injek ni smua, cube secara natural aje dulu. Memang ... sape dlm dunia ni yang saje saje suka nak injek injek, suka suka nak bazir duit, bazir masa, sakit sana sakit sini, hidup tertekan. Sape yang nak? of course tak de sape nak. Mungkin ada orang dapat mengandung dengan mudah, malam pertama dah lekat, bunting pelamin ek orang panggil. Kebanyakkan orang mengandung within 6 months of marriage. Tapi saya bukan kebanyakkan orang. Saya juga nak (jika) anak yang saya lahirkan datang dari hubungan cinta suami isteri bukan dengan proses IUI, IVF, ICSI ke. Saya juga nak telur saya keluar dengan sendiri macam orang lain. Tak perlu nak amik Gonal F ke Clomid ke. Tapi ini jalan yang Allah SWT tentukan buat saya. Takkan saya nak duduk dan terima sedangkan saya tau saya bermasaalah.
So, I dont wanna give a damn to what people think I should do. Bukan saya mintak duit dekat dia pun, bukan saya suh dia yang kena injek, bukan saya pinjam uterus dia pun. sekian.
Tuesday, March 6, 2012
Tuesday, February 28, 2012
Day 12
Day 12
Left Ovary : 2 very juicy egg follicles 2.51x2.77
Right Ovary : 5 egg follicles, but all are small ones ranging just around 1.17 x 1.54
Doc kata this can be my last cycle of IUI. If i want to go for IVF, she can refer me to Tropicana Mediacal Center. Perkara pertama saya fikirkan adelah masaalah cuti. Normally, kawan kawan yang buat IVF akan amik cuti 2 minggu after Embryo Transfer. Setakat ni jadual kerja saya tak mengizinkan saya cuti selama itu. So, saya cakap dengan Doc, saya nak buat IVF after raya sebab lepas raya saya memang free dan boleh cuti selama itu. Tapi Doc cakap kenapa lambat sangat. Doc kata there is no need to cuti sampai 2 weeks. 2/3 days should be enaugh. Normally memang ramai yang buat IVF dia memang nak jaga sangat sangat. Tak mau stress, x mau jalan atau naik tangga berlebihan, makan makanan home made. So bile duduk kat rumah, memang lebih mudah. Tapi doc kata, if kita duk rumah, pikiran kite mula fikir macam macam. Secara tak langsung akan membuatkan fikiran kite terganggu. Lebih baik pegi keje, sibukkan diri. tapi jangan terlalu lasak. *Saya pun pening mana satu saya nak ikut*
Anyway, cerita bab nak IVF ni lambat lagi. Sekarang abisakan IUI ni dulu. Saya akan update lagi on day 14th. InsyaAllah.

Sunday, February 19, 2012
IUI with Gonal F
17 . 2 . 2012 : First day of menstrual. I was in KL for work. Called the clinic the next day.
18 . 2 . 2012 : Went to the clinic to take clomid from doc, but decided i'm not gonna go with clomid this cycle. So, I asked Doc for Ganol F Injection instead. *Dah fed up dengan clomid yang dah brape cycle saya ambil tapi masih tak berhasil*
I was prescribed with 75 iu every shot, once a day. Memang costly benda ni, tapi redah ajelah.. Total Injection ni RM 1417.86 untuk 12 times. Saya pakai kali ni 9 kali, ade lagi extra 3 shot disimpan unutk bulan depan.
Appoinment ngan Doc 28.2.12 to monitor development of egg follicle. IUI on the 1st of March, InsyaAllah.

Wednesday, February 1, 2012
Tangguh lagi
Assalamualaikum...
short and simple this time sebab tak de masa. Patut update hari isnin, hari ni baru ade masa.
Isnin 30/1/12 :
2.00 PM jumpa Doc Sharifah.
Right Ovary : One egg follicle. Diameter 2.72 x 3.54 (sangat besar dan juicy)
Left Ovary (ovary yg di "drill" hari tu) : One egg follicle. Diameter 2.75 x 2.55 (kalau tak silap la, sebab tak nampak sangat)
Doc nak buat IUI , schedule for wednesday 1/1/12 kul 1.00 PM. Tapi sebabkan saya kasi tau doc saya nak ke Korea, Doc terus kata tak yah buat sebab doc kata nak berjalan jauh dan hubby pun tak ikut. So, cuma timed intercourse aje. Saya sedih tapi pasrah.
6.00 PM balik umah, cucuk ovidrel.
Hari ni (subuh ) tadi, ape lagi...kena berusaha dengan keras...hihihi.
IUI no 3 ni entah kenapa dah brape banyak kali plan , tapi last last tak jadi jugak ;-( . Pasti ade hikmah tersembunyi...Wallahualam.

Sunday, January 22, 2012
First cycle after Ovarian Drill
Assalamualikum...
Hati gembira rasanya bile period yang ditunggu tunggu akhirnya datang jugak
30.01.12 nanti kena jumpa doc untuk tengok egg follicle.
If everything goes well boleh la buat IUI 3rd pada 01.02.12
02.02.12 saya akan ke korea tapi hubby tak ikut. Pegi dengan family atas urusan bisnes. Cuma mengharapkan "bala tentera" time buat IUI tu berkerja keras. Nak tolong tambah, masa pulak tak cukup.
Mula mula berbincang dengan hubby, memang malas sangat rasanya nak cuba cycle ni sebab masa sangat terhad. Tapi pikir pikir balik daripada waste cycle ni, lebih baik cube. Kalau tak dapat tak ape. *wah,bukan main cakap besor, time datang period esok, aku jugak yang meroyan* hihihi ;-)
Anyway, we just have to try and pray for the best.

Thursday, December 15, 2011
laparoscopic ovarian drill
Assalamualaikum
11.12.11 : Malam lepas balik keje hubby dah siap pack baju, tuala, berus gigi, sabun, smua lah dalam bag sementara saya termenung mengenang nasib...cee wahh , tak lah saya tak de mood nak kemas sebab terlalu susah hati memikirkan ape nak jadi esok. Saya tak pernah masuk hospital, tak pernah sakit teruk apetah lagi nak main bedah bedah ni kan...so agak gementar disitu walupun hanya minor surgery.
12.12.11 : Bangun awal pagi dalam kul 5.30 pagi. Solat Subuh sama sama, mandi dan bersiap nak pegi offer perut utk ditebuk lubang. turun aje kat bawah mama duduk kat kerusi, dah menitik air mata. Dari semalam lagi mama dah nangis. Mama kata " nanti emy sakit" saya tak tau nak pujuk macam mana sebab saya pun takut sakit, saya pun rasa nak nangis jadi saya jawab " tapi kalu emy buat ni, emy dapat anak, emy tak yah nangis lagi dah".
So, off to the hospital. Register kat kaunter terus nurse bawak masuk bilik. Masa masuk bilik tu dah dekat pukul 8 pagi. Lepak la kat bilik menunggu orang panggil nak masuk Operation theatre tu. Pukul 9 pagi tak de jugak nurse panggil pun. Makin lama duduk dalam bilik wad tu makin resah dan susah hati kalu boleh nk buat benda ni kasi habis cepat cepat. Dekat pukul 10 nurse masuk cakap doc dah ready.fuhhhh..ini bukan fuhhh lega tapi fuhhhh menarik napas panjang untuk menenangkan diri sendiri.
Tukar pada pakaian sepital dan nurse cuci pusat dan check sama ada shave ke tak. So ni lah rupenye menanti disorong keluar wad ke OT.
Masa tengah kena sorong ni, mama nangis giler giler sampai kena suruh adik teman mama dan saya tak bagi mama ikut turun.sampai takat lift aje. Hubby turun sekali teman sampai lah nurse kata "encik tunggu kat luar ye". Dalam bilik tu saya kena tukar katil yang kecik tu, katil saya yang besar ni dari wad kena letak kat luar. Bila dah kat dalam tu kena tunggu kejap. Beberapa katil beratur di tepi saya. Tunggu giliran agaknya.
Akhirnya saya disurung masuk ke dalam. Saya kena tukar baring atas katil untuk operate tu. Sangat kecil. Almaklum lah dah saya gemuk, katil tu jadi kecik lah. Tangan kanan kena letak di sisi, tangan kiri pulak kena stretch ke tepi untuk di masukkan bius. Masa di lekatkan segala alat nk monitor jantung tu saya masih sedar. tapi bila doc kata "ok, now we are going to put u to sleep" that is the last thing I heard. lepas tu gone!!!
Terjaga dekat pukul 12 tengahari. Saya dah keluar Operation room tu, tapi masih lagi kena monitor kat dalam room satu lagi. Masa bukak mata tu macam masih laloq lagi lah, kejap sedar kejap tertidor balik. Saya gagah kan diri, bulatkan mata, saya tanya nurse dah selesai ke, dua kali saya tanya just to be sure. Mata mmg rasa mcm nak tutup tapi kepala otak dah macam macam pikir. Telinga ni pulak semua benda boleh dengar tapi mata je tak nak bukak. Masa tu dalam pikiran cuma lah " tolong lah aku nak keluar so that aku boelh tengok muka laki aku ngan family aku" .
Tak lama lepas tu saya disorong keluar dan ditukar kan balik atas katil wad saya. Sakit rasa tetibe kurang dapat tgk hubby and adik kat luar senyum kat saya. Masuk dalam bilik pun masih sama, macam diawang awangan. Kejap tido kejap jaga.
Saya minum air sebaik sampai kat wad sebab terlalu haus dan lapar. Elok aje lepas minum tu saya muntah balik. Saya tidor dan bila saya bangun saya cuba minum milo dan air, tapi masih muntah. Dalam pukul 6 saya dah boleh ke toilet tapi hubby kena tolong sorongkan besi drip. Kena tolong bukakan dan pakaikan panty, tolong jirus air dan lap dengan tissue paper. Keluar darah banyak ketul ketul. Iodin warna kuning dan dye warna biru pun keluar jugak sampai lah ke esokkan pagi baru tak de bleeding dah.
Petang doc datang kat wad, doc kata saya kena makan soft diet dulu. Try makan buah dan roti. So malam tu saya hanya makan buah anggur dan roti salmon coffe bean dan saya tak muntah.
Doc tebuk 3 lubang satu di pusat, dan dua lagi di sebelah kiri dekat dengan ovari. Dua lubang dekat ovari tu tak sakit sangat, yang sakit cuma kat pusat tu. Pergerakkan kena slow slow. Nak bangun dan duduk dari kerusi atau katil memang azab.
13.12.11 : Sudah beransur sihat. Makan pun dah boleh makan macam macam cuma tak makan nasi aje. Hubby a.k.a "nurse misai" tolong mandikan saya pagi tu, siap semua pakaikan baju dan sikat rambut. Yang paling klakar bila kena ikat rambut saya.Dah rupe nenek kebayan rambut saya. hentam saja lah.... pegi toilet pun still kena hubby tolong.
Oh ye, terima kasih pada the whole family for the gifts as well as management and staff of Riamoda Silk House
Doc datang dalam pukul 10 pagi dan saya dah boleh discharge...wahhh syoknye rasa. Makin lama duduk hospital makin sakit rasanya bukan makin sihat. Settlekan bil smua, amik ubat dan saya balik rumah...yeay!!

Ni masa baru sampai wad lepas operate

Saya ade CD opeartion tu doc bagi. Sama aje macam yang dapat kite tengok dalam youtube. Segan pulak nak upload dalam ni, so sape sape yang berminat kot kot nak tengok, bagi tau, nanti saya boleh email. Ovari saya hanya ada satu sahaja yang kena drill tu. Sebelah lagi kecil. Doc kata yang kecik tu lah sepatutnya saiz ovari yang sebenarnya. Tiub semua ok. Rahim pun ok.
13.12.11 : Sudah beransur sihat. Makan pun dah boleh makan macam macam cuma tak makan nasi aje. Hubby a.k.a "nurse misai" tolong mandikan saya pagi tu, siap semua pakaikan baju dan sikat rambut. Yang paling klakar bila kena ikat rambut saya.Dah rupe nenek kebayan rambut saya. hentam saja lah.... pegi toilet pun still kena hubby tolong.
Oh ye, terima kasih pada the whole family for the gifts as well as management and staff of Riamoda Silk House
Doc datang dalam pukul 10 pagi dan saya dah boleh discharge...wahhh syoknye rasa. Makin lama duduk hospital makin sakit rasanya bukan makin sihat. Settlekan bil smua, amik ubat dan saya balik rumah...yeay!!
Total bill of RM 5787.95 . Consultation doc paling mahal RM 2690.00. Apekan daya harap harap lepas ni ade lah membuahkan hasil usaha kami kali ini.
Oh ye. Saya dapat MC sehingga hari jumaat. Sabtu sepatutunya kerja. Tapi dek kerana sangat bosan duduk rumah dan luka dah semakin sembuh, saya datang office.
Doc prescribe Clomid sebab mengikut doc saya akan period anytime soon, saya kena continue makan metformin dan pain killer.
Sekarang luka kat pusat dah makin ok. period saya dah datang which means saya kena start makan clomid esok. Saya ada appoinment doc 20.12.11 untuk follow up LOD ni dan 26.12.11 untuk tengok tumbesaran telur.
Saya tak pasti sejauh mana keberkesanan Ovarian drill ni. Ada sesetengah yang lepas buat berjaya pregnant dan ade jugak yang tidak. Saya cuma berharap usaha saya ni membawa satu kebahgiaan bagi saya dan hubby di masa akan datang.
Saya pun tak tau kenapa saya buat LOD ni sekarang sewaktu "money is a little bit tight" for both of us. Apa pun saya redha seandainya ini bukan usaha terakhir kami.
P/S: maaf kalau entry kali ni melalut, salah ejaan, berputar belit sebab seriously saya tengah mabuk ubat skrg ni tapi kena tulis jugak sebab takut tunggu lama lama nanti saya lupa.
Tuesday, December 6, 2011
Schedule for Ovarian Drilling
Disebabkan period pun ting tong dan Doc kata saya ade Unruptured Follicle Syndrome, so, Doc suggest buat Ovarian Drill dan masa buat procedure tu boleh tengok kot kot ade perkara lain yang membuatkan tak boleh pregnant.
At first saya memamng resist sebab saya kalu dengar bab operate ni macam macam lah terbayang dlm kepal otak ni. But perhaps this is the best possible way kot. If not kalau tak pregnant jugak bulan bulan depan, hidup saya akan tetap dalam teka teki. So, might as well go for it.
Saya akan masuk wad 12/12/11 7 am . Operation at 9 am . Kalau ade kawan kawan yang pernah buat Ovarian Drill atau tau apa apa tentang ni, boleh la share skit ngan saya ye. Harap semuanya berjalan dengan lancar.
Oh ye, lupa pulak, Happy Anniversary to my dearest hubby. People can say "dah 2 tahun kawin" or " baru 2 tahun kawin" but it doesn't matter what people say coz time can never define how much I'm in love with YOU

Subscribe to:
Posts (Atom)