CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 22, 2012

the penultimate post

Assalamualikum....

haish lamanya tak muncul muncul. rupe blog nak mati. eh, tapi blog ni ala ala blog PENGSAN gitu.

lama tak menulis kerana tiada ape untuk ditulis. tak pergi hospital, tak pergi berubat kampung, tak makan ubat, tak makan jamu, tak amik supplement. pendek kata, tak buat ape ape lah.

MALAS !!!

"kenapa malas? kalau nak anak tak boleh malas malas" okay tukar alasan lain

TAKUT .....

"eh, tak boleh takut. sooner or later nak kena lalui jugak" ooooohhh tak leh takut ek?

PENAT

"baru takat IUI dah penat. orang lain bertahun tahun macam macam cuba, tak penat pun" eh, dah aku semput cepat penat nak buat macam mana

SEDIH

"semua orang pun sedih, ramai lagi diluar sana yang mengalami nasib serupa, kongsi kongsi lah rasa sedih supaya tak terasa sangat" errrkkkkk *garukepala*

Walau apa pun alasannya, semuanya datang dari satu sebab. sebab yang saya sendiri "kompius" sebenarnya. apa yang boleh saya katakan, Alhamdulillah , setakat ini saya bahagia macam ni.

saya mula sedar bahawa saya harus berhenti meminta supaya Allah swt mengurniakan saya zuriat. berhenti meminta bukan bererti saya tidak lagi percaya. bukan bererti saya sebagai hamba ,sombong akan kebesaran Nya. cuma saya berasa adalah lebih baik saya mula meminta agar apa sahaja ketentuanNya saya terima tanpa ada rasa "bebai" dan agar Dia membantu saya supaya lebih kuat dan tabah mengharungi dugaan ini. Ada atau tiada bukan hak saya menentukannya.

dari itu, saya rasa eloklah blog ni "koma" sekejap. sekejap tak bererti sehari, seminggu atau setahun. sekejap mungkin bererti 5 tahun , 10 tahun atau mungkin selamanya. Wallahhualam...

kepada rakan rakan blog yang banyak membantu, memberikan nasihat dan kata kata semangat. saya ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. setiap kata kata peransang dari anda membolehkan saya tersenyum diwaktu air mata saya mengalir. terima kasih.

when one door closes , another opens

this door is closed

meanwhile, this opens :

http://hidupdanberjalan.blogspot.com/?m=1

Assalamualikum....semoga satu hari ada berita gembira disini.amin.








3 comments:

JayFarhana said...

its okay emy, semua org penah mengalami perasaan mcm ni termasuklah aku. aku pun penah penat & takot. sampai tak buat apa2 lansung dan teruskan hidup berenjoy2..syok kan! sbb takyah fikir ape2 :D takpe u deserve a long rest, rezeki kalau dah sampai takkan kemana, yg penting ko jaga pemakanan n kesihatan je :) supplement2 tu takperlu kalau pemakanan ko semua betul dan sihat ;) slalunye rezeki ni time kite relax n tak fikir psl TTC yg die tibe2 muncul. insyallah, aku doakan ko murah rezeki takkesah la zuriat or career ko :)
anyway aku ade bagi link blog ko kat TTCian lain sbb haritu ada yg bertanya psl Dr Sharifah KPJ Ipoh..so aku share link ko sbb ko penah treatment dgn dia. anyway aku dah gitau diorg yg ko jarang update blog ni dah, so they just read ur old post. hope ko takkesah :)

KipasBiru said...

jatuh bangun kita, kita yang rasa. jangan push diri dgn compare diri kita dgn orang lain. ambil langkah yang awak rasa awak selesa! dont give up...
t.c

Nur Qamar said...

Salam..
Saya juga menghadapi masalah yang sama dengan puan.
Saya tak pasti bagaimana kondisi terakhir puan, tetapi saya benar2 ingin membantu dan berkongsi maklumat dgn puan.
Alhamdulillah, blog saya baru sahaja (bulan 5 tahun ni).. mgkn juga dapat membantu.
Saya sudah berkahwin 8 tahun dan melalui pelbagai cabaran yang Allah duga secara bertimpa-timpa. Saya harap, pengalaman yg saya lalui dapat membantu wanita2 lain di luar sana. InsyaAllah..

ibuamiruluwais@blogspot.com
ibu amirul & uwais

Post a Comment