Assalamualaikum
Sampai lah ke hari egg pick up. Isnin 7 October 2013
Hari sebelum tu ; Ahad 11 pm kena inject ovidrel lepas je inject ovidrel kena puasa. tak boleh makan tak boleh minum.
On monday morning at around 10:15 am kiteorang sampai kat Tropicana. Memang berdebar debar sejak dulu lagi sebab banyak baca blog dan internet yang kata egg pick up ni sakit dan yang paling tak suka sekali adalah bila kena sedate.
Ceritanya masa aku buat Ovarian Drill kat KPJ Ipoh dulu, aku rilek giler lah sebab tak pernah masuk surgery ke ape. So, memang tak expect ape ape lah. Ingat macam tido gitu je kan... Alahaiii..Masuk je kat OT room tu memang cool lagi. siap doc suruh baring dan sorg lagi doctor yang tukang inject ubat tido tu ikat kan tangan aku kat mcm plate kayu pun aku rilek gilerrrrr. Then dia kata, "now, i'm gonna put you to sleep" aku pun dengan seronoknya senyum dan angguk. Aku pandang je kat atas, tengok lampu OT yang besar 3 bijik tu, nampak dia pusing pusing last aku tak sedar ape dah.......
The next thing yang aku sedar maybe about 1 -2 hour after that. Mata memang x leh bukak, tapi telinga ni dengar semua benda yang ade kat waiting bay tu. Segala orang jalan, mesin bunyi, semua dengar tapi memang mcm lumpuh tangan tak leh gerak, mata tak leh bukak. First word aku dengar adalah nurse kata "puan, puan ok ke?"....boleh nurse tu tanya aku ok ke tak??? ape nyer lawak soalan nurse. Masa tu lah aku nak sangat bangun duduk tapi tak boleh. perut memang sakit lah sebab bekas operate tu kan. mata tak leh bukak. During that time aku rasa macam tak cukup nafas dan terdetik kat hati aku, "Nak mati dah ke aku ni". hahhhhhh bila dah terdetik nak mati tu, mula la gabra. nurse pun kata "puan tarik nafas panjang panjang". Aku pun dengan penuh hati tarik nafas. rasa ok sikit.
Tetiba dah takdir aku ada pulak budak baru keluar OT katil nyer duduk betul betul sebelah katil aku. Dia melalak bagai nak gile. almaklum lah budak sekolah rendah kot. pangill "mak mak...mana mak" tak henti henti. Suara kuat pulak. Betul betul sebelah telinga aku yang memang ketika itu sangat peka pendengaranya. Lepas tu budak tu muntah. Aku ni dalam hati mintak la bila lah nurse ni nak sorong aku keluar. Memang super runsing duk dalam tu.
Dalam 30 min lebih kurang aku duk dalam tu, nurse tolak aku keluar, aku nampak laki aku, legaaaaa.
So experience tak bagus lah, jadi kali ni memang fobia abis. ok berbalik kepada embryo transfer.
Nurse bawak masuk ke Day Care center. Rupe dia mcm ward jugak cuma duduk waktu siang je in between nak tunggu procedure tu. Kiteorang masuk ke bilik 202. Ok lah cukup ada katil, TV, Toilet dengan kerusi menuggu. I was asked to change ke baju hijau untuk Egg retrival pukul 11.15 am.
Dalam waktu menunggu tu tak buat ape lah melainkan selawat je. Sumpah takut time tu. Tunggu punya tunggu, dalam 11:30 nurse panggil masuk. Husband kena tunggu kat luar
Hahhhhh bila dah masuk dalam comfirm gabra kuasa dua kan. Lagi lagi bila tengok segala jenis equipment dalam tu dan bau OT room ni memang semacam. Ada satu desk menghadap ke luar tingkap, nurse suruh aku duduk situ dan pandang luar. Pandai diaorang kasi aku tengok luar. Then datanglah sorang doctor ni Dr Khoo En Szee, anaesthetist. Dia tanya pasal allergic, pernah operate ape ape ke, any medical conditons dia patut tau and aku pun cerita lah pasal pengalaman aku masa buat ovarian drill dulu dan aku mintak supaya bila aku jaga, katil aku tu tak flat, biar kepala tu tinggi sikit. She was good and very helpful la sebab by the time doc datang, as usual doc greet aku, suh aku masuk OT room. Aku tanya Dr Surinder " how long does it take doc" dia pun senyum da jawab "less than one hour, dont worry by the time we finish you can eat lunch already". Sekali tetibe, aku rasa macam nak pegi toilet buang air besar. Aku pun kata " i think i need to go to the toilet" Dr Khoo tadi nak gelak tengok aku dia kata "its ok, u're just nervous".
aku tido atas katil tu, the dia amik tangan kiri, secure kan kat board, inject bius, aku dah agak dah sikit lagi ni, gone le jawabnya. Sementara tu nurse attchkan heart beat monitor ngan blood pressure monitor kot. Aku terdengar nak monitor blood pressure aku pun kata kat Dr Khoo " Doc, i have low BP" aku rasa Doc tu dah suspek aku ni gabra sangat kan dia kata "ok put extra pillow under her" so aku punya kepala tinggi lah sikit. Then dia kata aku kena inhale oxygen, dia kata oxygen ni tak de ape tapi dia ingat aku bodoh ke, aku dah baca memang nanti ko inhale oxygen tu ko akan terus tido. Tapi aku inhale jugak sebab aku NAK percaya bahawa inhale benda tu x jadi ape. Tu lah last aku sedar.
Dalam 45 minit lepas tu aku terjaga.Kenapa aku tau 45 min? sebab aku ingat time aku masuk OT dan bila aku tersedar, aku sangat happy sebab persekitaran senyap, aku siap boleh cakap tanya nurse pukul berapa, then aku kata "wah, it doesnt take that long eh" and keep on mumbling sampai orang tolak aku keluar. kali ni mata memang berat nak bukak, uterus memang sakit maybe because of repeatingly insert jarum tu sebab nak keluarkan egg follicles. Tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar.
Masuk ke bilik dan rest for like 2 hours kot. Tiba masa husband pulak kasi sperm dia. Diaorng kasi biskut dan milo and husband ade beli roti n air. Mula mula tu ok lagi, masuk 40 minit lepas tu aku mintak pain killer kat nurse sebab tak tahan sakit. Nurse masuk dekat 20 min lepas tu bawak pain killer sebab sebelum masuk OT nurse dah bagi pain killer so dia kena cari doctor dan tanya boleh tak bagi lagi pain killer.
Lapas makan pain killer aku memang nak balik sangat sangat dah tapi kena tunggu embryologist dulu. After 30 min embryologist datang dan bgtau diaorang dapat 11 egg follicle dan diaorang akan buat ICSI dimana sperm yang elok akan terus diinject pada telur. Sebenarnya aku terkejut kenapa 11 sahaja sedangkan sebelum tu doc kata ada 16. Maybe yang lain tak elok kot. Masa tu harapan agak kabur lah sebab aku tau lepas ni banyak lagi proses. Lepas dapat egg follicle, dia akan tengok mana yang mature, dari yang mature dia akan tengok berapa yang berjaya senyawa (fertilised) dan dari yang dah senyawa dia akan tengok pulak berapa yang kualiti elok dan boleh di masukkan semula @ di bekukan.
So from that moment I knew, this is not how I dreamt my IVF would go. Aku balik dengan harapan yang tipis dan perut yang sakit. Maybe ramai orang kata ok, tapi yelah, I have so much hope for this IVF cycle that I did not expect 11 follicles.
Terus keluar, dan balik Ipoh. Sepanjang perjalanan memang sakit serba serbi tak kena sehinggalah keesokkannya baru hilang sakit tu.
The next day 8 Oct 2013 pagi, embryologist call. Since I change my phone number for 2 weeks starting the day of the egg retrival (sebab tak mau diganggu), Diaorang call my husband. Then my husband pass the phone to me. Here come the not-so-good-news............
From
11 egg follicles yang diambil
10 matured and went to ICSI
and only
4 fertilised
4..... seriously 4? suara aku dah berubah dah masa tu, dah bergetar menahan airmata. mana 6 lagi pegi. Ya Allah. Embryologist suh aku datang on the 10th untuk transfer embryo. Tapi ade ke embryo nak transfer? macam mana kalau dari 4 ni, tak de yang elok?
I cried, and cried and I called my mum, and my husband call his mother. Tak tau macam mana nak buat. tapi seriously ape je yang ko boleh buat? memang tak boleh buat ape.
Sejak dari hari tu, aku pasrah, kami dah usaha sampai takat ni, kalau bukan rezeki kami, terimalah. Doa sahaja yang boleh kami panjatkan.
Aku bertanya juga pada beberapa kawan yang dah buat IVF, dan tengok internet. many people say that it does not matter brape banyak yang ko ade, ape yang penting quality dia bagus.
Keesokkan harinya 9 Oct 2013, aku paksa laki aku call clinic cakap ngan embryologist tu nak tanya macam mana perkembangan yang 4 ni. Embryologist kata dia tak leh tengok sebab dan masuk incubator lepas fertilised dan kalau bukak ganggu embryo. husband tanya macam mana chances kiteorang, dan as usual jawapan selamat " we cannot give u any answer until tomorrow".
kita sambung di post akan datang insyaallah.
3 comments:
argh...suspen nye... but if i got 4 yg fertilised, itu dah kira sangat bagus for me... the most i have was only 2 (my first IVF). Anyway, can't wait to read about your journey soon :-)
saspen siot bace cite ko ni walaupun aku dah tahu :D
Post a Comment