CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 22, 2012

the penultimate post

Assalamualikum....

haish lamanya tak muncul muncul. rupe blog nak mati. eh, tapi blog ni ala ala blog PENGSAN gitu.

lama tak menulis kerana tiada ape untuk ditulis. tak pergi hospital, tak pergi berubat kampung, tak makan ubat, tak makan jamu, tak amik supplement. pendek kata, tak buat ape ape lah.

MALAS !!!

"kenapa malas? kalau nak anak tak boleh malas malas" okay tukar alasan lain

TAKUT .....

"eh, tak boleh takut. sooner or later nak kena lalui jugak" ooooohhh tak leh takut ek?

PENAT

"baru takat IUI dah penat. orang lain bertahun tahun macam macam cuba, tak penat pun" eh, dah aku semput cepat penat nak buat macam mana

SEDIH

"semua orang pun sedih, ramai lagi diluar sana yang mengalami nasib serupa, kongsi kongsi lah rasa sedih supaya tak terasa sangat" errrkkkkk *garukepala*

Walau apa pun alasannya, semuanya datang dari satu sebab. sebab yang saya sendiri "kompius" sebenarnya. apa yang boleh saya katakan, Alhamdulillah , setakat ini saya bahagia macam ni.

saya mula sedar bahawa saya harus berhenti meminta supaya Allah swt mengurniakan saya zuriat. berhenti meminta bukan bererti saya tidak lagi percaya. bukan bererti saya sebagai hamba ,sombong akan kebesaran Nya. cuma saya berasa adalah lebih baik saya mula meminta agar apa sahaja ketentuanNya saya terima tanpa ada rasa "bebai" dan agar Dia membantu saya supaya lebih kuat dan tabah mengharungi dugaan ini. Ada atau tiada bukan hak saya menentukannya.

dari itu, saya rasa eloklah blog ni "koma" sekejap. sekejap tak bererti sehari, seminggu atau setahun. sekejap mungkin bererti 5 tahun , 10 tahun atau mungkin selamanya. Wallahhualam...

kepada rakan rakan blog yang banyak membantu, memberikan nasihat dan kata kata semangat. saya ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. setiap kata kata peransang dari anda membolehkan saya tersenyum diwaktu air mata saya mengalir. terima kasih.

when one door closes , another opens

this door is closed

meanwhile, this opens :

http://hidupdanberjalan.blogspot.com/?m=1

Assalamualikum....semoga satu hari ada berita gembira disini.amin.