11.12.11 : Malam lepas balik keje hubby dah siap pack baju, tuala, berus gigi, sabun, smua lah dalam bag sementara saya termenung mengenang nasib...cee wahh , tak lah saya tak de mood nak kemas sebab terlalu susah hati memikirkan ape nak jadi esok. Saya tak pernah masuk hospital, tak pernah sakit teruk apetah lagi nak main bedah bedah ni kan...so agak gementar disitu walupun hanya minor surgery.
12.12.11 : Bangun awal pagi dalam kul 5.30 pagi. Solat Subuh sama sama, mandi dan bersiap nak pegi offer perut utk ditebuk lubang. turun aje kat bawah mama duduk kat kerusi, dah menitik air mata. Dari semalam lagi mama dah nangis. Mama kata " nanti emy sakit" saya tak tau nak pujuk macam mana sebab saya pun takut sakit, saya pun rasa nak nangis jadi saya jawab " tapi kalu emy buat ni, emy dapat anak, emy tak yah nangis lagi dah".
So, off to the hospital. Register kat kaunter terus nurse bawak masuk bilik. Masa masuk bilik tu dah dekat pukul 8 pagi. Lepak la kat bilik menunggu orang panggil nak masuk Operation theatre tu. Pukul 9 pagi tak de jugak nurse panggil pun. Makin lama duduk dalam bilik wad tu makin resah dan susah hati kalu boleh nk buat benda ni kasi habis cepat cepat. Dekat pukul 10 nurse masuk cakap doc dah ready.fuhhhh..ini bukan fuhhh lega tapi fuhhhh menarik napas panjang untuk menenangkan diri sendiri.
Tukar pada pakaian sepital dan nurse cuci pusat dan check sama ada shave ke tak. So ni lah rupenye menanti disorong keluar wad ke OT.
Masa tengah kena sorong ni, mama nangis giler giler sampai kena suruh adik teman mama dan saya tak bagi mama ikut turun.sampai takat lift aje. Hubby turun sekali teman sampai lah nurse kata "encik tunggu kat luar ye". Dalam bilik tu saya kena tukar katil yang kecik tu, katil saya yang besar ni dari wad kena letak kat luar. Bila dah kat dalam tu kena tunggu kejap. Beberapa katil beratur di tepi saya. Tunggu giliran agaknya.
Akhirnya saya disurung masuk ke dalam. Saya kena tukar baring atas katil untuk operate tu. Sangat kecil. Almaklum lah dah saya gemuk, katil tu jadi kecik lah. Tangan kanan kena letak di sisi, tangan kiri pulak kena stretch ke tepi untuk di masukkan bius. Masa di lekatkan segala alat nk monitor jantung tu saya masih sedar. tapi bila doc kata "ok, now we are going to put u to sleep" that is the last thing I heard. lepas tu gone!!!
Terjaga dekat pukul 12 tengahari. Saya dah keluar Operation room tu, tapi masih lagi kena monitor kat dalam room satu lagi. Masa bukak mata tu macam masih laloq lagi lah, kejap sedar kejap tertidor balik. Saya gagah kan diri, bulatkan mata, saya tanya nurse dah selesai ke, dua kali saya tanya just to be sure. Mata mmg rasa mcm nak tutup tapi kepala otak dah macam macam pikir. Telinga ni pulak semua benda boleh dengar tapi mata je tak nak bukak. Masa tu dalam pikiran cuma lah " tolong lah aku nak keluar so that aku boelh tengok muka laki aku ngan family aku" .
Tak lama lepas tu saya disorong keluar dan ditukar kan balik atas katil wad saya. Sakit rasa tetibe kurang dapat tgk hubby and adik kat luar senyum kat saya. Masuk dalam bilik pun masih sama, macam diawang awangan. Kejap tido kejap jaga.
Ni masa baru sampai wad lepas operate
Saya minum air sebaik sampai kat wad sebab terlalu haus dan lapar. Elok aje lepas minum tu saya muntah balik. Saya tidor dan bila saya bangun saya cuba minum milo dan air, tapi masih muntah. Dalam pukul 6 saya dah boleh ke toilet tapi hubby kena tolong sorongkan besi drip. Kena tolong bukakan dan pakaikan panty, tolong jirus air dan lap dengan tissue paper. Keluar darah banyak ketul ketul. Iodin warna kuning dan dye warna biru pun keluar jugak sampai lah ke esokkan pagi baru tak de bleeding dah.
Petang doc datang kat wad, doc kata saya kena makan soft diet dulu. Try makan buah dan roti. So malam tu saya hanya makan buah anggur dan roti salmon coffe bean dan saya tak muntah.
Doc tebuk 3 lubang satu di pusat, dan dua lagi di sebelah kiri dekat dengan ovari. Dua lubang dekat ovari tu tak sakit sangat, yang sakit cuma kat pusat tu. Pergerakkan kena slow slow. Nak bangun dan duduk dari kerusi atau katil memang azab.
Saya ade CD opeartion tu doc bagi. Sama aje macam yang dapat kite tengok dalam youtube. Segan pulak nak upload dalam ni, so sape sape yang berminat kot kot nak tengok, bagi tau, nanti saya boleh email. Ovari saya hanya ada satu sahaja yang kena drill tu. Sebelah lagi kecil. Doc kata yang kecik tu lah sepatutnya saiz ovari yang sebenarnya. Tiub semua ok. Rahim pun ok.
13.12.11 : Sudah beransur sihat. Makan pun dah boleh makan macam macam cuma tak makan nasi aje. Hubby a.k.a "nurse misai" tolong mandikan saya pagi tu, siap semua pakaikan baju dan sikat rambut. Yang paling klakar bila kena ikat rambut saya.Dah rupe nenek kebayan rambut saya. hentam saja lah.... pegi toilet pun still kena hubby tolong.
Oh ye, terima kasih pada the whole family for the gifts as well as management and staff of Riamoda Silk House
Doc datang dalam pukul 10 pagi dan saya dah boleh discharge...wahhh syoknye rasa. Makin lama duduk hospital makin sakit rasanya bukan makin sihat. Settlekan bil smua, amik ubat dan saya balik rumah...yeay!!
Total bill of RM 5787.95 . Consultation doc paling mahal RM 2690.00. Apekan daya harap harap lepas ni ade lah membuahkan hasil usaha kami kali ini.
Oh ye. Saya dapat MC sehingga hari jumaat. Sabtu sepatutunya kerja. Tapi dek kerana sangat bosan duduk rumah dan luka dah semakin sembuh, saya datang office.
Doc prescribe Clomid sebab mengikut doc saya akan period anytime soon, saya kena continue makan metformin dan pain killer.
Sekarang luka kat pusat dah makin ok. period saya dah datang which means saya kena start makan clomid esok. Saya ada appoinment doc 20.12.11 untuk follow up LOD ni dan 26.12.11 untuk tengok tumbesaran telur.
Saya tak pasti sejauh mana keberkesanan Ovarian drill ni. Ada sesetengah yang lepas buat berjaya pregnant dan ade jugak yang tidak. Saya cuma berharap usaha saya ni membawa satu kebahgiaan bagi saya dan hubby di masa akan datang.
Saya pun tak tau kenapa saya buat LOD ni sekarang sewaktu "money is a little bit tight" for both of us. Apa pun saya redha seandainya ini bukan usaha terakhir kami.
P/S: maaf kalau entry kali ni melalut, salah ejaan, berputar belit sebab seriously saya tengah mabuk ubat skrg ni tapi kena tulis jugak sebab takut tunggu lama lama nanti saya lupa.