CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 27, 2011

Appoinment Doctor Esok

Esok ada appoinment dgn Dr Sharifah at 9 am. *huh,kata tak nak jumpa doc bulan ni.tipu!!* hehehe.. I cannot give up this month because I dont wanna wait any longer. Ini bulan pertama, makan clomid dan tak skip metformin *eh, tipu lagi.ade kot 1 hari terlupa*. I am hoping that both my ovaries produce eggs follicle so that this month perhaps we can do IUI. And I want explaination from doc on what are the factors that hindres my chances of getting pregnant last month. tube blocked ke, silap timimg ke *tp tak mungkin la timimg sbb time tu doc yg kasi*,sbb tak makan metformin betul2 ke atau pun ade perkara lain selain la dari ketentuan yang Maha Esa.

hope everything goes well tomorrow.

Monday, April 25, 2011

main kejar kejar

Asal lari aje, orang kejar, asal lari aje org kejar... sebenarnya orang tak pun buat ape ape, cuma kite shj rasa di apa apa kan.. makin nk lari dr masyarakat, lagi la rasa seperti dikejar kejar oleh masyarakat. Penat melayan pertanyaan orang dan perasaan sendiri. Asik dengar org pregnant aje, nak ngangis. Kerja yang melambak pun tak boleh nak divert pikiran ke perkara perkara lain. Asik nak pikir itu aje. Terus terang saya penat dgn perasaan ni.

clomid dah habis makan 7 hari yg lepas. Sepatutnya hari ke 12 iaitu pada 28 hb kena pergi jumpa doc, tp hati ni tertanya tanya nk pegi ke tak. Rasa mcm cycle ni nak lupakan aje. *walaupun dh makan clomid* kalu ade biar naturally, dan kalau tak de pun, tak lah kecewa sgt kot. kerja berlambak lambak.. semua nak berkejar utk di settle kan sebelum 29 hb ni. Tengoklah pada keadaan.. hubby beria ia nak jumpa doc jugak, tp saya rasa bulan ni saya tak nk emosi sy terganggu. kesian hubby dan family asik sedih tgk saya.

satu malam di bulan lepas,*sebelum period* saya cakap pd hubby
" b, ayg rasa bulan ni pun tak ade lah b"
" mcm mana ayg tau?"
" badan ayg ayg tau lah b, mmg tak ade" *sambil nangis*
" ayg tak boleh cakap mcm tu, kalau ade baby, nnt dia dgr kite give up macam ni, nnt dia sedih"
" b, kite tak pernah give up dgn dia, tp dia yang tak nak kita. kite setiap saat tunggu dia" *sambil menangis lagi kuat*

kalaulah boleh dihilangkan perasaan nak anak ni, atau ade machine yg boleh kasi kite lupa, kan bagus.

Monday, April 18, 2011

cube lagi dan lagi

ok..baru balik dr KPJ amik ubat clomid. Hari ni start makan clomid 3 biji sehari sampai day 6. Bulan ni kalau boleh tak mau skip metformin lagi dah..nk constant aje makan.

mula mula rasa mcm nk tangguhkan dulu percubaan cycle ni sbb kedai di tanjung malim akan pindah dan pembukaan semula pada 29 april ni. mane sempat nk terkejar kejar setting kedai ipoh utk sale 29.4 ni dan setting pembukaan kedai Tanjung Malim  juga pada hari yg sama 29.4 jugak. Tp dah bincang punyer bincang, hubby cakap tak mau tangguh. kita berkejaran lah kalau perlu, tersungkur tengah jalan pun tak pe, at least kite cube dr kita bazirkan masa kita dengan hanya berharap.

Sunday, April 17, 2011

mungkin takdir kami berdua sahaja

Mungkin bukan bulan ini kerana jadual kerja yang tak menentu;
Mungkin bukan bulan ini kerana mungkin bulan depan lagi indah jikalau ada;
Mungkin bukan bulan ini kerana mungkin dia nak lahir tahun 2012;
Mungkin bukan bulan ini kerana Allah mahu kami lebih berusaha dan Dia lebih tahu waktu yang tepat untuk kami.

Itu sahaja yg mampu sy tulis kali ini.

Monday, April 11, 2011

wait and wait

Major emotional problems there is with assisted conception

You build your hope so high because you think it's gonna work coz you have some sort of a help from someone who is an expert and at the end of the cycle, You ended up crying like crazy because the result is negative and you have to go through everything again next cycle.

I have gotten treatment from 3 different doctors in 6 months - time and it's either they failed me, or I failed myself. This time around, I chose not to let myself believe that it's gonna work that easy because no matter how good the chances are, still neither me, the doctor, my husband, or my family can control. It is up to Allah swt.

I am now 6 days prior to the day my period should due and everyday is a challenge for me. I try my very best to keep my self busy and not to expect anything, but god knows deep in my heart, I am so hoping that this month is the end of all this process and in 8 months time, someone will call me mommy.

But if Allah swt choose to continue to test me, I am more than willing to wait and not give up hope.

Thursday, March 31, 2011

11th day

Yay!!! Saya tak perlu buat laparoscopic ovarian drill..Lega.baru boleh tdo malam dgn lenanya.sejak 2@3 hari sblm pegi jumpa Dr. ni, sy mmg susah ati sbb takut kena operate tu.tp nasib baik tak payah.

Telur ade 3 biji dan baru hari ke 11 dah besar sampai 2.6 mm. So Dr Sharifah bg injection supaya boleh buat timed intercousse. Chances tinggi sikit bulan ni berbanding bulan lepas.

Harap menjadi...amin

Monday, March 21, 2011

promises are made to be broken

Saya mulakan blog dengan satu janji pada diri : Saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan kesedihan dan keperitan saya . Tapi hari ini, saya mungkir.

Satu malam, emosi saya amat terganggu, menangis teresak esak mcm anak kecik di peha mama. Rasanya dunia ini amat kejam dan tidak adil.  Bertanya pada mama apa salah saya sampai saya terpaksa lalui semua ni? Katanya ini dugaan. Saya kata pada mama, "Boleh tak mama buat emy lupa, buat emy tak fikir.emy tak tahan".  Mama kata mama cuba mintak ubat. Buat pertama kalinya saya mandi bunga. kelakar pun ade,nk percaya atau tak, pun saya tak tau. Saya cuba bermacam cara supaya saya lupa dan tidak sedih. Setiap kali saya sedih, jika ada ruang, saya bershopping. Habis duit pun tak pe sebab kepayahan mencari duit tidaklah sepayah dan seperit apa yang saya lalui. Saya pegi holiday, saya plan untuk tukar kereta, beli rumah, beli tanah, plan bukak bisness baru,tengok wayang, karaoke, mandi manda, dari sekecil kecil usaha hingga ke besar besar usaha tp ternyata, semua itu hanya boleh buat saya gembira sebentar sahaja. Saya cuba untuk jauhkan diri dari masyarakat supaya saya tak sakit dengan pertanyaan dan kenyataan. Bukan nak lari, tp cuma memberi ruang untuk diri tenang. Lari dari Facebook dan Blog, lari dari manusia manusia yang telah, sedang dan akan membuat saya menangis. Tapi bak kata Aini Qamariah, "sampai bila nak lari emy?" jawapan yang boleh saya beri " sampai masa nya tiba saya tahu saya telah bersedia, saya akan kembali"

Baru baru ni, saya pergi ke foot refleksology, amoi ni urut kaki saya. Sembang punye sembang dia tanya lah saya dah ada anak ke belum saya jawab "belum la, banyak susah mau pregnant oo" dia jawab dengan selamba " ini semua aa takdir u tau ka. tuhan ah tak mau kasi u cepat cepat, nanti dia cincai cincai kasi u, tak dak baik. tunggu lama kasi u, mau kasi baik baik punya. dengar u punya cakap, sekolah pandai". Terkesima la kejap. Walaupun agak pelik, tapi ia mampu buat saya tersenyum.

Hari ini saya period selepas lebih 7 hari menunggu period due.Sedih? bulan ini tidak, bulan depan mungkin, bulan lepas pasti.

Saya ingin meminta maaf secara terbuka kepada Emy Suraya  kerana hari ni saya memalukan dia. Dan kepada suami saya yang akan membaca tp mungkin bukan hari ni :

11 years ago you were my friend, 10 years ago you were my boyfriend, 2 years ago you were my fiance, 1 year ago, you take me as your wife and until now, you are still all those people that make my life a living heaven.