CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 22, 2012

the penultimate post

Assalamualikum....

haish lamanya tak muncul muncul. rupe blog nak mati. eh, tapi blog ni ala ala blog PENGSAN gitu.

lama tak menulis kerana tiada ape untuk ditulis. tak pergi hospital, tak pergi berubat kampung, tak makan ubat, tak makan jamu, tak amik supplement. pendek kata, tak buat ape ape lah.

MALAS !!!

"kenapa malas? kalau nak anak tak boleh malas malas" okay tukar alasan lain

TAKUT .....

"eh, tak boleh takut. sooner or later nak kena lalui jugak" ooooohhh tak leh takut ek?

PENAT

"baru takat IUI dah penat. orang lain bertahun tahun macam macam cuba, tak penat pun" eh, dah aku semput cepat penat nak buat macam mana

SEDIH

"semua orang pun sedih, ramai lagi diluar sana yang mengalami nasib serupa, kongsi kongsi lah rasa sedih supaya tak terasa sangat" errrkkkkk *garukepala*

Walau apa pun alasannya, semuanya datang dari satu sebab. sebab yang saya sendiri "kompius" sebenarnya. apa yang boleh saya katakan, Alhamdulillah , setakat ini saya bahagia macam ni.

saya mula sedar bahawa saya harus berhenti meminta supaya Allah swt mengurniakan saya zuriat. berhenti meminta bukan bererti saya tidak lagi percaya. bukan bererti saya sebagai hamba ,sombong akan kebesaran Nya. cuma saya berasa adalah lebih baik saya mula meminta agar apa sahaja ketentuanNya saya terima tanpa ada rasa "bebai" dan agar Dia membantu saya supaya lebih kuat dan tabah mengharungi dugaan ini. Ada atau tiada bukan hak saya menentukannya.

dari itu, saya rasa eloklah blog ni "koma" sekejap. sekejap tak bererti sehari, seminggu atau setahun. sekejap mungkin bererti 5 tahun , 10 tahun atau mungkin selamanya. Wallahhualam...

kepada rakan rakan blog yang banyak membantu, memberikan nasihat dan kata kata semangat. saya ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. setiap kata kata peransang dari anda membolehkan saya tersenyum diwaktu air mata saya mengalir. terima kasih.

when one door closes , another opens

this door is closed

meanwhile, this opens :

http://hidupdanberjalan.blogspot.com/?m=1

Assalamualikum....semoga satu hari ada berita gembira disini.amin.








Saturday, June 2, 2012

saya sekarang

assalamualaikum.

nothing much happend since my last entry, but anyhow, cerita jugak lah sikit sikit dari diam aje kan. it is not easy to let go of something u want soooo much, but i managed to keep my emotional disturbance to the minimum. at least i am able to go to kenduri(s) and say " tak de, kiteorang honeymoon lagi ". at least i can look at babies and not want one sooo badly anymore, at least i can congratulate those who got pregnant and be truly happy for them , and the most important thing is that at least, i feel good about myself ,,, again.

not to say that i have completely erased all the hopes and dreams of becoming parents. i do think about it,and yes, i still cried, tapi tak macam dulu lagi lah. sikit sikit aje. mama pun cakap i am better now and i hope to keep it that way. but lately ade rasa macam nak sambung treatment, i am ready to give a little bit of effort, time and money to continue treatment but i am certainly not ready for another failure. another negative pregnancy test . no no no no . so this clearly means i am not ready. well just forget it *for now at least* as for now, i am happy just being me.

i am happy that i have a firm grasp on my career. i am a better boss and certainly a more productive and efficient "kuli" for the business. marriage has never been this good. we no longer quarrel over small matter. we depend on each other, we make each other laugh, kau usik aku, aku usik kau pasal dah tak de sape lagi nak usik ;-).

i am not saying that my life is perfect and sooo best sangat, no, we have our ups and down and that's what make us human. well this article helps me go through my difficult times.... please take time to read, maybe it could help you. those are the stories (inspirational stories) of people who chose a childfree life after battling with infertility

http://familybuilding.resolve.org/site/DocServer/05_Childfree_Decision_Making.pdf?docID=5701

well, my battle isn't over yet,, it is just simply put on hold

Sunday, April 22, 2012

Thursday, April 19, 2012

Finally, Alhamdulillah

Assalamualaikum....

This entry is a very important one. Might be a little bit long, so stop reading as soon as it gets bored ok? 

IUI kali ke 3 FAILED dan saya dah pun bercita cita nak proceed to IVF dan telah pun melihat option option yand saya ada. Tetapi saya dan hubby buat keputusan untuk proceed IVF lepas raya memandangkan jadual kerja saya sangat ketat. So, plan nak buat IVF after raya instead. Thats the decision we came upon at THAT time.... and we plan to stick to it!!

Weeks went by and one day, one very particular day, saya terfikir kenapa saya benci melihat perempuan mengandung *ye, saya BENCI* that's it, I said it out loud. go on, *judge me if you want*. Bila dia dah beranak, saya tak suka pulak pada anak dia...iskhhh kenapa dengan saya ni? tak ada salah pun anak itu dengan saya, kenapa tak nak cium dia? kenapa tak nak pegang dia??

Ye, saya jahat!! saya busuk hati, saya seorang yang tidak pandai bersyukur. Saya tak mau lagi pergi ke kenduri kendara, tak nak jumpa ipar duai..owh FYI, adik bradik ipar saya kawin lambat dr saya sudah pun beranak membuatkan saya lagi tak nak jumpa orang. Saya sentiasa merasa hidup ini tidak adil, sentiasa merasa rendah diri, sentiasa merasa orang menjauhkan diri dari saya semata mata kerana saya tak ada anak. Semua yang negatif lah ade dalam kepala otak ni.

Saya terfikir , takkan selamanya saya nak berkeadaan macam ni? takkan forever tak nak jumpa orang. Takkan forever tak nak balik kampung, takkan asik nak tertekan dan lari saje? So, saya duduk dengan hubby dan berbincang tentang kehendak kami. Kami convinced diri kami yang kami tak nak anak. Sesuatu yang melampau ker? setiap kali pikir tentang anak, saya akan kata, "kite tak nak anak kan b?" dan hubby pun jawab "ye, kite tak nak". Orang kata cakap tak nak anak selalu sangat, nanti tuhan tak bagi terus baru padan muka. Well, Allah SWT itu lebih tahu ape yang ade dalam hati saya.

Dari dulu lagi saya pernah terfikir, mampu ke saya jaga anak saya dengan keadaan kerja saya.. owh ye, saya rasa maybe patut saya ceritakan tentang kerja saya supaya lebih clear untuk entry entry seterusnya*jika ada* 

Hidup saya mula berubah pada tahun 2006, masa tu masih lagi study B. ED TESL di UITM Shah Alam semester ke 2. Ayah yang dulunye kerja di Star Publication, dah pun nak retire, so ayah cari satu perluang bisness untuk keluarga. Alhamdulillah pada tahun 2006, kami berjaya membuka satu perniagaan textile di Tanjung Malim : Riamoda Silk House Sdn Bhd. Salah satu dari cawangan Jakel.

 ini kedai di Tg Malim sekarang. Telah berpindah dari lokasi yang dulu.

Pada tahun 2006 sehingga 2008 saya masih lagi belajar sambil bantu jaga kedai di hujung minggu. Tanjung Malim dan Shah Alam bukan jauh, 45 min aje.

Tahun 2008 saya tangguh pelajaran satu semester sebab masa tu ayah bukak lagi satu kedai di Simpang Pulai Ipoh.


Masa ni saya terpaksa tangguh belajar kerana dah ada 2 kedai dan cuma ada ayah dan mama aje yang mengelolakan kedai. Adik adik sekolah lagi. Cuma ada saya. Lepas satu semester tangguh, KP tak bagi tangguh lagi sebab saya tak de alasan munasabah. Jadi jalan saya hanya satu, berhenti. 

Dari situ jadual saya tak seperti orang lain. Kerja dr 10 pagi smpi 10 malam. sebelum kawin tak ade cuti, cuma boleh curi tulang je. Sudah 6 tahun dalam hidup saya, tak de istilah cuti weekend atau public holiday boleh g mandi sungai, jalan jalan kat shopiing mall, cuti cuti jalan jalan, semua tu tak de.

Tahun 2009, saya kawin dan 2010 kedai di Simpang Pulai berpindah ke Greentown, Ipoh


Dan hubby pun berhenti kerja dengan MAS dan join kami sekeluarga. Sejak itu saya ada cuti seminggu sehari pada mana mana hari kecuali jumaat sabtu dan ahad. Meniaga ni memang stress, jatuh bangun pada usaha kita. Jadi bab kerja jangan cakap memang asik nk stress. But don't get me wrong, I love my work ! never once i regret making the decision to quit study.. owh ye, saya tak de degree, hanya diploma. Jadi kedai kedai yang ayah bina untuk saya dan adik beradik ni aje yang saya ada.

So, abis cerita serba sikit tentang kerja saya. Jadi mungkin masanya belum sampai untuk saya ada anak. Mungkin anak saya akan menjadi beban bagi saya dan saya pula akan menjadi beban buat anak saya. 

Sambung balik: Saya jumpa the one and only reason saya menjadi seorang yang dengki, busuk hati, cemburu adalah kerana saya inginkan ape yang orang lain ade: anak. Saya nak mengandung seperti orang lain dan bila saya tak dapat, saya jadi benci pada orang yang dapat. Satu cara yang yang jumpa adalah untuk TAK nak ape yang orang lain ada.

Saya tak cemburu orang belajar tinggi, sebab saya pun tak nak sambung belajar sebab saya malas.Saya tak cemburu orang kurus, cantik, sebab saya rasa saya tak nak kurus dan saya rasa saya ok dengan rupa paras saya walaupun tak secantik mana. Jadi, Saya berfikir, macam mana saya nak tune kepala otak saya supaya saya tak nak anak. 

Saya mula membaca article article tentang child free couple, saya mula listkan segala perkara perkara yang mungkin akan berubah bila saya ada anak. Segala masa lapang saya yang terpaksa saya korban kan.semualah yang negatif saya fikir. Tak de lagi "aaaahhh b, kalu kite ada anak kan best, boleh kita bawak anak kita g disneyland" sekarang ape yang ade hanyalah " b, jom g travel, senang kan tak yah pikir nak bawak anak". Ni sebagai contoh aje. 

Biarlah orang nak cakap saya hidup dalam "denial" saya tak kisah... Ini je yang boleh membuatkan saya hidup macam dulu. Macam orang lain. Alhamdulillah sekarang tengok perut orang pregnant pun tak sakit hati mcm dulu dah. Saya dah boleh subscribe semua orang orang yang saya unsubscribe dalam facebook dulu. Saya dan boleh pegi majlis orang ramai dan kata " tak nak lah, kiteorg tak puas honeymoon lagi" *dengan iklas*

Tak tahu sampai bila saya boleh terus ajar kepala otak saya berfikir macam ni.. Saya tahu satu hari nanti mungkin naluri saya akan lebih berkuasa dr kepala otak saya. 

Entah ke bila saya akan proceed IVF saya pun tak tau. Entah bila nak sambung ape ape treatment pun saya tak pasti. Yang saya tahu, saya suka sekarang. Bila nak period? entah, period lah bila bila pun. Bila nak Ovulate? suka hati, tak nak ovulate pun tak pe. Bila nak make love? bila bila suka! x yah nak ikut jadual dah. So far, I am happy. Really happy.

I know it is too early to give up.. 2 tahun? takkan dah give up kot ? Tak, saya tak give up sebab tu saya tak makan birth control pill atau guna contraceptive lain. Sebab jauh di sudut hati saya, jika satu hari tuhan kurniakan anak, saya lah orang yang paling bahagia. Tapi buat masa sekarang, I like who I am and I want to lead normal life. That is what I want! Alhamdulillah I finally found closure.

Friday, March 9, 2012

9 DPO

Tinggal 6 hari aje lagi nak period . Saya tak berharap sangat bulan ni dan saya "rasa" saya memang tak pregnant pun. Saya cuma tengah berfikir ape lagi lepas ni.

Nak proceed IVF, boleh memang boleh, tapi masa macam tak sesuai aje sebab sibuk dengan kerja sampai lah lepas Hari Raya nanti baru lapang.

Nak rehat sebulan dua pun boleh... tapi rasa rugi lah pulak. Sebab masa rehat dan try natural cycle tu, chances lagi la tipis.

Confuse. Nak teruskan rasa penat, nak berhenti hati ni nak sangat anak.

Tuesday, March 6, 2012

IUI 3

Lupa sangat nak update pasal IUI kali ni..*ampun ampun*  hihihi :-)

1 Mac 2012 : Seperti biasa hantar sperm pegi lab at around 8.30 am. Lepas tu ronda ronda kat mall kejap. Duk tunggu lab call, tak call pun.Maybe tak siap lagi. So kami pun balik rumah.

Sampai rumah dah dekat kul 12.30. Pelik kenapa lab tak call, so kami pun call clinic. Rupenye dah siap lama, lab lupe call.cehh!

Terus bergegas ke klinik. Doc suh cepat sebab dia dah nak kluar. Dua kali IUI yang lepas memang mudah. Senang aje nak masuk. Kali ni ape ke ujian yang datang, susah pulak.. dah macam macam alat masuk, tak mau jugak jumpa pintu rahim tu..gamaknya dia main cak cak kot. Sampai bleeding skit lah. Sakit tu memang sakit, tapi sakit lagi bile tengok besi doc yang panjang tu, ni kalu masuk mau cucuk sampai ke perut ni. Ngilu dan seriyau lah. So saya amik keputusan pejam mata aje. At last (lepas dikobek kobek) doc kata "hah, dah ok"..fuhhhh legaaa.

Lepas di "injek" as usual baring with bontot atas bantal sampai 20 minit. Baca Doa Nabi Zakaria dan Surah Al Anbiya 21:89. Tak habis habis berdoa..Harap di makbulkan kali ni..Amin.

Kami tak meletak harapan tinggi pun IUI kali ni. Anggap ajelah sama macam IUI yang lepas lepas tu. Oh ya, lupe nak cerita pasal cramping. Dalam pukul 3 lebih saya dah start cramping. Kali ni saya saya tak mau layan cramping tu..saya jumpa satu cara nak hilangkan dan so far, berkesan. Masa tgh sakit tu, gagahkan diri duduk kat toilet bowl dan cube untuk buang air besar. Lepas buang air besar tu terus hilang...kihkihkih...it works for me, tak tau pulak untuk orang lain mcm mana.

Semalam lepas bersama, entah ape hal cramping balik. Sampai kena letak balm dan urut urut skit lah. Sampai ke hari ni rasa sakit lagi. Kalau tak baik jugak esok, saya nak g klinik..tapi rasanya tak de ape yang harus dibimbangkan kot. Maybe muscle cramp saja.

Ada beberapa orang cakap, tak yah nak pakai injek injek ni smua, cube secara natural aje dulu. Memang ... sape dlm dunia ni yang saje saje suka nak injek injek, suka suka nak bazir duit, bazir masa, sakit sana sakit sini, hidup tertekan. Sape yang nak? of course tak de sape nak. Mungkin ada orang dapat mengandung dengan mudah, malam pertama dah lekat, bunting pelamin ek orang panggil. Kebanyakkan orang mengandung within 6 months of marriage. Tapi saya bukan kebanyakkan orang. Saya juga nak (jika) anak yang saya lahirkan datang dari hubungan cinta suami isteri bukan dengan proses IUI, IVF, ICSI ke. Saya juga nak telur saya keluar dengan sendiri macam orang lain. Tak perlu nak amik Gonal F ke Clomid ke. Tapi ini jalan yang Allah SWT tentukan buat saya. Takkan saya nak duduk dan terima sedangkan saya tau saya bermasaalah.

So, I dont wanna give a damn to what people think I should do. Bukan saya mintak duit dekat dia pun, bukan saya suh dia yang kena injek, bukan saya pinjam uterus dia pun. sekian.

Tuesday, February 28, 2012

Day 12

Day 12

Left Ovary : 2 very juicy egg follicles 2.51x2.77

Right Ovary : 5 egg follicles, but all are small ones ranging just around 1.17 x 1.54

Doc kata this can be my last cycle of IUI. If i want to go for IVF, she can refer me to Tropicana Mediacal Center. Perkara pertama saya fikirkan adelah masaalah cuti. Normally, kawan kawan yang buat IVF akan amik cuti 2 minggu after Embryo Transfer. Setakat ni jadual kerja saya tak mengizinkan saya cuti selama itu. So, saya cakap dengan Doc, saya nak buat IVF after raya sebab lepas raya saya memang free dan boleh cuti selama itu. Tapi Doc cakap kenapa lambat sangat. Doc kata there is no need to cuti sampai 2 weeks. 2/3 days should be enaugh. Normally memang ramai yang buat IVF dia memang nak jaga sangat sangat. Tak mau stress, x mau jalan atau naik tangga berlebihan, makan makanan home made. So bile duduk kat rumah, memang lebih mudah. Tapi doc kata, if kita duk rumah, pikiran kite mula fikir macam macam. Secara tak langsung akan membuatkan fikiran kite terganggu. Lebih baik pegi keje, sibukkan diri. tapi jangan terlalu lasak. *Saya pun pening mana satu saya nak ikut*

Anyway, cerita bab nak IVF ni lambat lagi. Sekarang abisakan IUI ni dulu. Saya akan update lagi on day 14th. InsyaAllah.

Sunday, February 19, 2012

IUI with Gonal F

17 . 2 . 2012 : First day of menstrual. I was in KL for work. Called the clinic the next day.

18 . 2 . 2012 : Went to the clinic to take clomid from doc, but decided i'm not gonna go with clomid this cycle. So, I asked Doc for Ganol F Injection instead. *Dah fed up dengan clomid yang dah brape cycle saya ambil tapi masih tak berhasil*


I was prescribed with 75 iu every shot, once a day. Memang costly benda ni, tapi redah ajelah.. Total Injection ni RM 1417.86 untuk 12 times. Saya pakai kali ni 9  kali, ade lagi extra 3 shot disimpan unutk bulan depan.

Appoinment ngan Doc 28.2.12 to monitor development of egg follicle. IUI on the 1st of March, InsyaAllah.

Wednesday, February 1, 2012

Tangguh lagi

Assalamualaikum...

short and simple this time sebab tak de masa. Patut update hari isnin, hari ni baru ade masa.

Isnin 30/1/12 :
2.00 PM jumpa Doc Sharifah.
Right Ovary : One egg follicle. Diameter 2.72 x 3.54 (sangat besar dan juicy)
Left Ovary (ovary yg di "drill" hari tu) : One egg follicle. Diameter 2.75 x 2.55 (kalau tak silap la, sebab tak nampak sangat)

Doc nak buat IUI , schedule for wednesday 1/1/12 kul 1.00 PM. Tapi sebabkan saya kasi tau doc saya nak ke Korea, Doc terus kata tak yah buat sebab doc kata nak berjalan jauh dan hubby pun  tak ikut. So, cuma timed intercourse aje. Saya sedih tapi pasrah.

6.00 PM balik umah, cucuk ovidrel.

Hari ni (subuh ) tadi, ape lagi...kena berusaha dengan keras...hihihi.

IUI no 3 ni entah kenapa dah brape banyak kali plan , tapi last last tak jadi jugak ;-( . Pasti ade hikmah tersembunyi...Wallahualam.

Sunday, January 22, 2012

First cycle after Ovarian Drill

Assalamualikum...

Hati gembira rasanya bile period yang ditunggu tunggu akhirnya datang jugak

30.01.12 nanti kena jumpa doc untuk tengok egg follicle.

If everything goes well boleh la buat IUI 3rd pada 01.02.12

02.02.12 saya akan ke korea tapi hubby tak ikut. Pegi dengan family atas urusan bisnes. Cuma mengharapkan "bala tentera" time buat IUI tu berkerja keras. Nak tolong tambah, masa pulak tak cukup.

Mula mula berbincang dengan hubby, memang malas sangat rasanya nak cuba cycle ni sebab masa sangat terhad. Tapi pikir pikir balik daripada waste cycle ni, lebih baik cube. Kalau tak dapat tak ape. *wah,bukan main cakap besor, time datang period esok, aku jugak yang meroyan* hihihi ;-)

Anyway, we just have to try and pray for the best.