CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 22, 2012

Thursday, April 19, 2012

Finally, Alhamdulillah

Assalamualaikum....

This entry is a very important one. Might be a little bit long, so stop reading as soon as it gets bored ok? 

IUI kali ke 3 FAILED dan saya dah pun bercita cita nak proceed to IVF dan telah pun melihat option option yand saya ada. Tetapi saya dan hubby buat keputusan untuk proceed IVF lepas raya memandangkan jadual kerja saya sangat ketat. So, plan nak buat IVF after raya instead. Thats the decision we came upon at THAT time.... and we plan to stick to it!!

Weeks went by and one day, one very particular day, saya terfikir kenapa saya benci melihat perempuan mengandung *ye, saya BENCI* that's it, I said it out loud. go on, *judge me if you want*. Bila dia dah beranak, saya tak suka pulak pada anak dia...iskhhh kenapa dengan saya ni? tak ada salah pun anak itu dengan saya, kenapa tak nak cium dia? kenapa tak nak pegang dia??

Ye, saya jahat!! saya busuk hati, saya seorang yang tidak pandai bersyukur. Saya tak mau lagi pergi ke kenduri kendara, tak nak jumpa ipar duai..owh FYI, adik bradik ipar saya kawin lambat dr saya sudah pun beranak membuatkan saya lagi tak nak jumpa orang. Saya sentiasa merasa hidup ini tidak adil, sentiasa merasa rendah diri, sentiasa merasa orang menjauhkan diri dari saya semata mata kerana saya tak ada anak. Semua yang negatif lah ade dalam kepala otak ni.

Saya terfikir , takkan selamanya saya nak berkeadaan macam ni? takkan forever tak nak jumpa orang. Takkan forever tak nak balik kampung, takkan asik nak tertekan dan lari saje? So, saya duduk dengan hubby dan berbincang tentang kehendak kami. Kami convinced diri kami yang kami tak nak anak. Sesuatu yang melampau ker? setiap kali pikir tentang anak, saya akan kata, "kite tak nak anak kan b?" dan hubby pun jawab "ye, kite tak nak". Orang kata cakap tak nak anak selalu sangat, nanti tuhan tak bagi terus baru padan muka. Well, Allah SWT itu lebih tahu ape yang ade dalam hati saya.

Dari dulu lagi saya pernah terfikir, mampu ke saya jaga anak saya dengan keadaan kerja saya.. owh ye, saya rasa maybe patut saya ceritakan tentang kerja saya supaya lebih clear untuk entry entry seterusnya*jika ada* 

Hidup saya mula berubah pada tahun 2006, masa tu masih lagi study B. ED TESL di UITM Shah Alam semester ke 2. Ayah yang dulunye kerja di Star Publication, dah pun nak retire, so ayah cari satu perluang bisness untuk keluarga. Alhamdulillah pada tahun 2006, kami berjaya membuka satu perniagaan textile di Tanjung Malim : Riamoda Silk House Sdn Bhd. Salah satu dari cawangan Jakel.

 ini kedai di Tg Malim sekarang. Telah berpindah dari lokasi yang dulu.

Pada tahun 2006 sehingga 2008 saya masih lagi belajar sambil bantu jaga kedai di hujung minggu. Tanjung Malim dan Shah Alam bukan jauh, 45 min aje.

Tahun 2008 saya tangguh pelajaran satu semester sebab masa tu ayah bukak lagi satu kedai di Simpang Pulai Ipoh.


Masa ni saya terpaksa tangguh belajar kerana dah ada 2 kedai dan cuma ada ayah dan mama aje yang mengelolakan kedai. Adik adik sekolah lagi. Cuma ada saya. Lepas satu semester tangguh, KP tak bagi tangguh lagi sebab saya tak de alasan munasabah. Jadi jalan saya hanya satu, berhenti. 

Dari situ jadual saya tak seperti orang lain. Kerja dr 10 pagi smpi 10 malam. sebelum kawin tak ade cuti, cuma boleh curi tulang je. Sudah 6 tahun dalam hidup saya, tak de istilah cuti weekend atau public holiday boleh g mandi sungai, jalan jalan kat shopiing mall, cuti cuti jalan jalan, semua tu tak de.

Tahun 2009, saya kawin dan 2010 kedai di Simpang Pulai berpindah ke Greentown, Ipoh


Dan hubby pun berhenti kerja dengan MAS dan join kami sekeluarga. Sejak itu saya ada cuti seminggu sehari pada mana mana hari kecuali jumaat sabtu dan ahad. Meniaga ni memang stress, jatuh bangun pada usaha kita. Jadi bab kerja jangan cakap memang asik nk stress. But don't get me wrong, I love my work ! never once i regret making the decision to quit study.. owh ye, saya tak de degree, hanya diploma. Jadi kedai kedai yang ayah bina untuk saya dan adik beradik ni aje yang saya ada.

So, abis cerita serba sikit tentang kerja saya. Jadi mungkin masanya belum sampai untuk saya ada anak. Mungkin anak saya akan menjadi beban bagi saya dan saya pula akan menjadi beban buat anak saya. 

Sambung balik: Saya jumpa the one and only reason saya menjadi seorang yang dengki, busuk hati, cemburu adalah kerana saya inginkan ape yang orang lain ade: anak. Saya nak mengandung seperti orang lain dan bila saya tak dapat, saya jadi benci pada orang yang dapat. Satu cara yang yang jumpa adalah untuk TAK nak ape yang orang lain ada.

Saya tak cemburu orang belajar tinggi, sebab saya pun tak nak sambung belajar sebab saya malas.Saya tak cemburu orang kurus, cantik, sebab saya rasa saya tak nak kurus dan saya rasa saya ok dengan rupa paras saya walaupun tak secantik mana. Jadi, Saya berfikir, macam mana saya nak tune kepala otak saya supaya saya tak nak anak. 

Saya mula membaca article article tentang child free couple, saya mula listkan segala perkara perkara yang mungkin akan berubah bila saya ada anak. Segala masa lapang saya yang terpaksa saya korban kan.semualah yang negatif saya fikir. Tak de lagi "aaaahhh b, kalu kite ada anak kan best, boleh kita bawak anak kita g disneyland" sekarang ape yang ade hanyalah " b, jom g travel, senang kan tak yah pikir nak bawak anak". Ni sebagai contoh aje. 

Biarlah orang nak cakap saya hidup dalam "denial" saya tak kisah... Ini je yang boleh membuatkan saya hidup macam dulu. Macam orang lain. Alhamdulillah sekarang tengok perut orang pregnant pun tak sakit hati mcm dulu dah. Saya dah boleh subscribe semua orang orang yang saya unsubscribe dalam facebook dulu. Saya dan boleh pegi majlis orang ramai dan kata " tak nak lah, kiteorg tak puas honeymoon lagi" *dengan iklas*

Tak tahu sampai bila saya boleh terus ajar kepala otak saya berfikir macam ni.. Saya tahu satu hari nanti mungkin naluri saya akan lebih berkuasa dr kepala otak saya. 

Entah ke bila saya akan proceed IVF saya pun tak tau. Entah bila nak sambung ape ape treatment pun saya tak pasti. Yang saya tahu, saya suka sekarang. Bila nak period? entah, period lah bila bila pun. Bila nak Ovulate? suka hati, tak nak ovulate pun tak pe. Bila nak make love? bila bila suka! x yah nak ikut jadual dah. So far, I am happy. Really happy.

I know it is too early to give up.. 2 tahun? takkan dah give up kot ? Tak, saya tak give up sebab tu saya tak makan birth control pill atau guna contraceptive lain. Sebab jauh di sudut hati saya, jika satu hari tuhan kurniakan anak, saya lah orang yang paling bahagia. Tapi buat masa sekarang, I like who I am and I want to lead normal life. That is what I want! Alhamdulillah I finally found closure.